sedia bertanya kepada diri pada mulanya, boleh ke jo buat PBS kali ini di sana? cemas juga bila berfikir tentang perjalanan bermula dari driving yang mungkin kesesatan kerana jo tak yakin jika boleh mengingat jalan ke besut. jalannya mudah tapi mungkin lama tidak ber'sama', mungkin tidak 'mesra'.
kemudian, seingat jo, jo bukan seorang yang mudah menyesuaikan diri. masuk ke hostel pun, memerlukan jo ditegur orang dan disapa dahulu dari menjadi
orang pertama. bila sudah kenal dan tahu, masaklah perangai jo yang sebenarnya.
lagi, bila tidak membuat kerja bersama rakan sekelas, lebih lagi dengan rakan yang terbiasa bekerja bersama, panik kecil ada terasa juga. jadi sedikit bimbang jika tidak dapat menyelesaikan tugas dengan sempurna.
bila sampai di SKSP, mood jo agak menurun. hari demi hari. rasa seperti tidak ikhlas datang ke sekolah. dan begitulah setiap hari dalam minggu ni berlalu. tapi pelik juga, task yang diberi berjaya juga diselamatkan dengan tenang.
pelajar-pelajarnya baik, bagus dan selayaknya
mendapat pujian tinggi. hormat, adab dan santun nilai memang bagus. cikgu-cikgunya pun baik dan mesra.
tapi mungkin satu-boring! boring untuk berada dan menjalankan tugasan kali ni.
hari-hari keluar berjalan selepas waktu sekolah. seronok. tapi bila sampai ke sekolah lagi, tak tahu kenapa mood hilang. masuk bilik guru, kerja yang jo buat hanyalah taipkan report yang dicatat kasar dari kertas kajang, dan kemaskan balik susunan. untuk hilang dari arena pulau kapuk, jo main game. ingatkan sekejap saja, tapi maklum saja, bila sudah game kegemaran, jadi lari berjam-jam.
memang, bosan dan bosan. tapi untuk hari demi hari, jo sudah langsung mengumpul banyak nilai. dari rumah, sekolah dan segala perjalanan. bila sudah di pertengahan jalan, dalam kereta dengan tabiat suka menyanyi dalam kereta yang teruk, barulah jo membuat
satu kesimpulan.
syukur,banyak sekali nilai murni yang terceduk dalam pengalaman kali ni. bergaul dengan latar budaya yang sebenarnya tidak jauh berbeza, tapi kaya dari segi yang lain dari yang lain. semuanya cantik.
sempat singgah menjenguk Panchur Merah yang serba sedikit berubah wajah. kata Ummi dan Abah, ada pertandingan Kampung Tercantik, dan PM menang, bakal ke peringkat lebih jauh.
Darul-Helmi juga masih belum terjejas,
dan sepatutnya begitulah.
kenangan di PKBP SKSP (boss dan jam suka bergambar) jo: tangki air yang bocor perlu dirawat dengan segera, begitu. tapi kadang kala, perkara yang sepatutnya dikhuatiri membawa kesan yang baik, hanya kerana kata hati menyuruh jiwa agar tidak mudah berasa bimbang.