Sunday, May 25, 2008

manusia dalam peradaban mengikut tiga cabang utama: sosial, ekonomi dan politik.

politik...perkara yang menurut jiwa yang respektif kerana jika ada yang meminatinya, tidak salah dan jika tidak meminati dan tidak mahu ambil tahu mengenainya pun tetap tidak salah...bukan?

cuma tersentuh apabila seroang pensyarah menyentuh tentang aras kematangan Melayu dan bangsa Malaysia berpolitik suatu ketika setelah tsunami pilihan raya menimpa april lalu..

mungkin agak kurang sesuai untuk jo berpolitik(lagipun jo kurang berminat) tp guru juga pada hari terkemudian akan menjadi salah seorang dari rakyat negara yang bertanggungjawab menetukan negara..
so, jo fikir setiap kali mendengar celoteh( dan kerap kali bertukar kepada polemik apabila bertembungan pendirian) dari orang2 terdekat jo seringkali hanya mendengar "pro" kepada yang disokong sahaja...mengapa begitu?
begitu juga dengan luahan yang dilakukan secara individu bertulis atau lisan, hanya mempertahan dan memuji tindak tanduk sebelah pihak sahaja...adilkah?
ekspresi diri tidak salah tetapi merdekakah?
kalau hanya membaca dan mengambil pandangan yang menyokong sahaja itu bermakna kita masih tidak matang dalam membuat keputusan...senang kata, tidak merdekalah!
jo berada dalam lingkungan kawasan yang jo tidak pasti tentang pendirian politik mereka,di institut ini politik adalah tidak terbuka dan jo rasa ada hikmahnya...
kadang kala bolehkah kita menyifatkan bahawa orang yang menerima berbagai-bagai bantuan dan pertolongan tetapi akhirnya mengeji pihak penolong(yang mungkin tidaklah begitu baik hati pun) sebagai kufur? lagi buruk, jika tidak mencukupi kadar pertolongan itu mereka sanggup memburukkan dan lantas melabel berbagai keburukan tetapi apabila sudah dipenuhi pertolongan dengan kadar yang diinginkan mereka masih statik kepada sikap tidak berterima kasih...aduhai jiwa...

secara terbuka, jo juga ada membaca warta hadari yang disebarkan kepada banyak kawasan sama ada yang telah dibuang atau yang terjumpa di mana2. begitu juga dengan harakah..
cuma terjumpa hasil seludupan sesetengah orang ke dalam asrama...
perbandingan yang jo boleh lakukan ialah warta hadari hanya lebih kepada menghebohkan apa yang telah mereka tabur untuk rakyat..mereka berbangga2 juga memperlihatkan planning mereka yang menunjukkan betapa 'kita' bertuah kerana memilih mereka sebagai pemimpin..namun benarnya,mereka tidak memalsukan fakta berbanding harakah; mereka banyak mengubah ucapan2 atau kata2 semisal ahli politik tanah air dan ahli cerdik, dan memanipulasikan itu semua sebagai modal memburukkan lawan...dalam berbahasa lebih2 lagi kepada umum makna berkonsepkan leksikal adalah sangat penting kerana terjemahan yang pelbagai akan menimbulkan makna yang tidak tepat lalu tidak boleh diterima pakai..
dalam soal ini berani untuk menyifatkan bahawa harakah masih tidak matang kerana hanya memuji pihak sendiri malahan juga pada satu kes(sebagai contoh) kata2 Dr M bahwa beliau akan meletak jawatan sekiranya berada di tempat Pak Lah(setelah tsunami politik) telah ditulis sebagai 'Dr M mahu Pak Lah berundur'....memang, akhirnya pendirian itu lagi dijelaskan dengan peletakan jawatan beliau sendiri tanda mahu Pak Lah berundur tetapi menurut konteks leksikal yang ada ketika itu, maknanya telah di'twist' dan menjadi pelbagai..(lebih2 lagi jika hanya membaca ayat itu sahaja,bukan?)

asosiasi diri kepada suka berfikir bukan sahaja pada satu 'base' sahaja tetapi turut mengambilkira banyak idea dan pemikiran membuatkan jo jadi terfikir, adakalanya bolehkah kalau hanya duduk di atas pagar sedangkan adalah satu akauntabiliti kita menetukan yang terbaik....?
jo ingin mebaca kesemua pihak, maksudnya, tidak hanya mahu mendengar 'pro' kepada tertentu sahaja...sekarang, jelas kerajaan cuba sedaya upaya membaiki kredibilti dan begitu juga pembangkang mencuba sebaik mungkin memperlihatkan kekuatan mereka dalam memimpin negeri yang mereka menangi...
mungkin sedikit tidak adil kerana kerjaan memanipulasi kemampuan sepenuhnya melalui media dan wang untuk memperlihatkan 'budi dan jasa' mereka kepada rakyat, tetapi itu bukan alasan bagi pembangkang kerana dilihat pembangkang juga wajar dipuji kerana sanggup berhabis wang dan turut berusaha mempromosi diri melalui radio negeri(walaupun akhirnya berakhir dengan perpindahan stesen radio kerana percanggahan keputusan) dan juga terbaru, ada negeri bertuah kerana boleh menjimatkan bayaran bil air tidak lama lagi...

memastikan keamanan Malaysia bagaimanapun adalah yang terpenting, begitu juga ketuanan Melayu dan kemenangan Islam sendiri...jadi siapa yang bakal menempa nama?
AFUNDI lah.....kik3

No comments: