Sunday, June 29, 2008

bowling n geng

walaupun agak marah apabila Fizi memberitahu akan datang ke sekolah Isnin(23hb), dan yang penting juga dia mengajak geng-geng yang lain, aku pujuk juga hati untuk pergi,
lagipun bila lagi mahu bertemu rakan sekolah kesayangan

pabila diberitahu mereka berada di KT Bowl, aku bergegas ke sana,katanya dalam 15 orang juga,tapi malang juga kecewa, Hamdi yang sudah lama aku taruh harapan untuk bertemu, sudah pulang awal..Pian pun sama..tidak mengapa mungkin ada hal, tapi terfikir juga, macam mana rupakah dia sekarang, cuma sempat mendengar suara sahaja baru-baru ini.

sementelah sampai, Fizi ajak untuk berehat sekejap di tepi pantai tepi Shahbandar,barulah masuk berjumpa 'baki' yang seronok bermain boling. semuanya di paras "tip top" sebab sekali tiba giliran menghentam pin, semua mahu kuat(terutama Syuk)...seolah mahu melempar sterss yang terkumpul dalam otak minda dan sanubari..

ya! begitu simbolik, dan penghujung nya memperlihatkan juara adalah yang paling tension kerana berjaya melakukan 'strike' lantas mengumpul mata tertinggi...hehe hanya gurauan

apapun, jo bersyukur dapat dipertemukan dengan rakan lama, yang majoriti agak terkesima, perubahan yang ada pada aku, ya?
janggut?
misai?
ke jerawat?
ke semaikn tua?.....(^<^)


mereka adalah guru tiada tertanding dalm hidup, dan kalaupun ada, masih tidak akan sekelas rakan-rakan Shams juga. terima kasih, dan akan kucuba tidak terputus doaku kepada-Nya memohon keberkatan hidup buat kalian, INSYALLAH.....

No comments: