Wednesday, June 25, 2008

Demokrasi dengan Demonstrasi?

apabila mahu menonton rancangan Akademi al-Quran 19 Jun baru-baru ini, mula-mula rasa agak sangsi,mungkin rancangan itu tidak seberapa digemari oleh penghuni seblok. mahu juga menonton di blok sebelah tapi apabila selesai solat Isyak, jo tengok ada dua tiga orang sedang menonton rancangan lain.

jadi setelah cepat-cepat naik ke tingkat dua blok sendiri, alhamdulillah...tiada orang tapi tv terbuka. jadi terus sahaja jo menekan tv9. dan alhamdulillah, sangkaan jo akan diejek mahupun diperli orang kerana menonoton rancangan itu bertukar apabila terdapat pertambahan bilangan penonton mahupun dari blok Abu Bakar sekali pun.
sedang asyik menonton, timbul dalam mulut antara penonton mengungkit kisah yang berlaku di Batu Buruk. Ya, demonstrasi..tambah lagi dengan khabar angin bahawa akan berlaku lagi satu yang berkaitan membantah kenaikan harga minyak negara kita, juga akan dilakukan di sana.

mulut mereka lebat sekali, dengan 'parang' dan 'pedang' terhunus, satu demi satu pro dan kontra jurusan pun terlontar dan saling terbidaskan. jo mulanya sakit hati juga, kerana padahal ketika orang mahu khusyuk mendengar bacaan setiap peserta (lebih-lebih lagi bila peserta 'favourite' jo, Syarifah Khasif dan Tarmizi) pada masa itulah yang mahu mereka mengaum-ngaum. hei..dasar harimau liar tapi tak reti hormat sungguh!

namun setelah berakhir Round 1, jo terusik untuk mengintai belakang tv yang agak besar dan terjumpalah majalah Islamik di situ. sedang menunggu iklan berakhir untuk menyambung Round 2 jo membelek sehelai dua .. ha!

terjumpalah satu artikel menarik yang memang hangat, hangit dan yang paling penting sekali boleh sahaja mendiamkan semua orang yang berdebat dalam bilik kecil itu. baca tajuk sahaja pun sudah mampu mendiamkan ramai ni, fikir sendirian.

demonstrasi, halal atau haram. penulisnya, adalah pegawai tinggi dalam kerajaan tapi itu jo rasa bukan penyebab untuk penulisan beliau menjurus ke arah sokongan politik.
demonstrasi,bukan cara Islam, mengapa dan kenapa? mari kita berbicara...

1. demonstrasi adalah bukan yang diajar dalam agama kita. malah, anjuran untuk bermesyuarat barulah yang diunjurkan dalam Islam. bukan begitu? manakan tidak, Allah mengurniakan satu surah yang bertemakan musyawarah untuk menjadikan kepimpinan itu berbuah cantik, tapi malang, siapa yang mengambil pengajaran? demokrasi itu juga bukankah untuk umat bermesyuarat?
fikirkan

2. demonstrasi itu sendiri bukankah satu bentuk pergaulan bebas lantaran yang berkumpul dalam kelompok demonstrasi itu adalah dari jantina yang berbeza kehadirannya?
malas untuk dibicarakn panjang, tapi konsekuensinya adalah mapan; haram.

3. demonstrasi juga jarang kali tidak mengakibatkan kesusahan, sama ada kepada orang lain, sekitar, waima diri 'pendemonstrasi' sendiri. misalnya jalan raya yang sesak dan polis dan pemerintah terpaksa menanggung banyak kerugian. ketepikan soal kerugian lahiriah. tetapi jika didalami, rakyat Malaysia juga terpaksa menanggung soal integriti dan 'title' keamanan dan keharmonian yang dirangkul lama apabila ia dipersoalkan dengan kewujudan perkara begini. bagaimana harus anda jawab jika seorang warga asing bersoalkan kemanan negara yang tergugat kini, malah di mana dan bagaimana anda mempertahankan, apabila negara kita dituduh negara yang tidak harmoni lagi?


begitulah antara hujah yang agak 'makan dalam' pada malam itu dan akhirnya, walaupun kecewa kerana Syarifah tidak bergelar juara( dan masih puas hati sebab kalau nak ikut, bukan setakat juara, Fakhrul saje yang suara best tapi semua malam tu meremangkan bulu roma), tapi jo tetap puas hati dapat menonton dengan aman tanpa gangguan berpajangan...Alhamdulillah

No comments: