Wednesday, June 11, 2008

HARI ANTI-ROKOK@TEMBAKAU vs HARI ALAM SEKITAR

masyarakat apa saja pun pasti sudah terbiasa dengan kehadiran perokok dalam kehidupan mereka. sama ada tua muda atau berlainan jantina menyatakan bahwa bilangan perokok hari demi hari semakin meningkat.

jo ada terbaca mengenai satu artikel panjang dalam satu akhbar tentang keseriusan masyarakat dunia meraikan hari anti rokok sedunia. tarikh yang dipilih oleh WHO ialah 31 Mei. dan di negara kita kalau tidak silap smabutan ini dipanjangkan kepada awal Jun( x ingat berapa haribulan)

matlamat mereka(WHO) adalah untuk mencegah golongan muda agar tidak terjebak dalam budaya merugikan ini sejajar moto tahun ini diperbaharui dengan lebih kurang berbunyi "teenagers stay away"(klu x silap r...)
langkah ini juga dilihat unggul jika ditakrif akan kemeningkatan yang paling ketara dalam bilangan perokok adalah dalam kalangan remaja. for sure, mereka dilihat dipengaruhi banyak faktor. bagaimanapun satu persoalan yang jo cukup tertarik apabila membaca artikel tersebut ialah "tidak mahukah kita untuk menjadikan satu tahun 365 hari adalah hari tanpa rokok, atau setidak-tidaknya setengah darinya, ataupun beberapa bulan, atau minggu?"
YES! dats correct! penulis artikel begitu lantang menyuarakannya dek kerana pemerhatian yang dibuat terhadap masyarakat yang mengambil enteng akan kemahuan menentang budaya merokok ini,waima worlwide nation sekalipun!
jo terasa kagum, tapi terkilan juga memikirkan kebenaran kata penulis, kerana jika bancian jujur dibuat dalam kalangan mana-mana masyarakat pun, mereka akan mengaku bahwa mereka tidak mengambil peduli apatah lagi hendak menyahut cabaran kerajaan dan badan organisasi untuk melakukan perubahan. mungkin akhirnya jawapan akan memihak kepada kesedaran individu yang menyebabkan seseorang itu untuk berhenti merokok atau mengelak dari terjebak dalam budaya ini, tapi bukankah cetusan untuk memerangi itu adalah tanggungjawab bersama?
hmmm...kalau begitu, jo juga harus dipersalahkan kerana seringkali berhadapan dengan perokok tapi tidak mampu berbuat apa-apa.tapi jika mampu pun, yang bagaimana ya?

yang bagusnya, Malaysia dilihat antara negara aktif berperang masalah yang jika tidak keterlaluan untuk jo labelkan sebagai masalah global ini. Ayah jo dulu, akan membeli satu kotak untuk 2 minggu tapi sekarang hanya mampu hisap rokok daun je..jika ditanya, tidak mahu berhentikah? dia senyap...ahhh layan!!!
kalau masih diingat, iklan di media terdahulu akan memaparkan tentang promosi rokok dan macam-macam tentang produk tembakau, tapi sejak sudah diharamkan sebarang publisiti berkait dengan rokok, kita sudah tidak lagi mendengar iklan bola sepak seumpamanya dengan kata-kata "bermutu tinggi" dan "berkualiti' dan akhirnya dihabiskan dengan suara macho menyebut jenama rokok yang dipromosikan.
namun malangnya, itu masih tidak menghalang industri tembakau ini untuk mendahului senarai eksport dan perdagangan, serta menjadikannya sebagai penyumbang primer kepada duit negara,even kepada negara maju di Barat sekalipun.

teringat satu kisah yang disampaikan oleh pensyarah di sini,tentang satu aktiviti perkhemahan yang disertai beliau. pada mulanya apabila mengetahui bahwa peserta adalah dilarang membawa rokok ke tapak perkhemahan, sebahagian pelajar lelaki yang nakal( dan of course yang tidak boleh meninggalkan 'ubat ajaib' mereka tu) terus ke tapak perkhemahan pada malam hari sebelum peserta bertolak. kebetulannya, mereka tahu tempat tersebut. jadi, di samping menyembunyikan rokok tersebut, merka turut menggali lubang untuk menyimpan stok maggi dan bermacam snek bersama rokok mereka. pagi esok, mereka bertolak sama dengan peserta lain tapi hatinya agak senang kerana pasti boleh menikmati rokok itu lagi walau ditegah oleh jurulatih pengiring. alah... ada masa mereka pasti boleh menyelinap untuk menikmati nya juga! yang penting mereka terlepas spotcheck yang dilakukan jurulatih sebelum bertolak menaiki bas.
tetapi, apabila mereka sampai di sana, mereka lihat lubang yang mereka gali sudah terbongkar. dan habis semua snek dan stok makanan mereka yang lain seolah-olah digali oleh binatang. dilihat kesan-kesan tapak kaki, tahulah mereka bahwa khinzir telah menggali dan memakan semua makanan mereka. tetapi(ada tetapi lagi) disebalik semua makanan mereka yang telah habis, mereka mendapati bahawa rokok-rokok mereka tidak pula disentuh oleh 'si celeng' tadi.
ooh rupanya fahamlah mereka bahawa even 'si celeng' yang haram pun tidak akan menyentuh benda yang haram sebegitu..
ha..hanya pengajaran sahaja bukan kebenaran kut!tapi faham-fahamlah sendiri begitu hinanya si haram..hahaha
jika dilihat jo sengaja menggunakan perkataan 'ubat ajaib' bagi rokok. bukan untuk menyedapkan panggialn tetapi berdasarkan banyak tetimoni.
perokok kebanyakannya adalh terdiri daripada golongan yang kuat bekerja dan munkin sentiasa mengalami stress dalam kehidupan seharian. buruh seumpanya, mengerah segala tenaga untuk menyempurnakan kerja mereka lalu keletihan dan penyelesaiannya rokok dijadikan bahan penenang. mungkin akan dinafikan oleh banyak orang, semisal ustaz ustazah akan menyatakan mengapa tidak beralih dan menenangkan diri dengan zikir dan al-Quran? bukankah itu adalah penawar segala racun?
jika ahli kesihatan pula mesti mencadangkan aktiviti kesihatan seperti bersenam mahupun pengambilan gula-gula sebagai ganti kepada rokok. begitu juga ahli akdemik akan menyatakan membaca adalah terapi yang baik sekaligus unggul dalam mengatasi masalah merokok.. namun even seniman sekalipun ahli komputer handal turut turun padang memberi pelbagai cara mengatasi maslah ini, akhirnya tetap kecundang dengan nilai individualistik..jiwa oh jiwa
jo tetap akan memandang keji golongan kremaja yang asyik berpeleseran misalnya, atau hanya relax sahaja untuk merokok tapi bagaimana pula dengan yang terhimpit dengan emosi? adakah melambangkan bahwa masyarakat dunia ini masih rendah EQ dan SQ walaupun hebat IQnya?

jika difikirkan, jika sudah tegar dengan rokok, berbaloikah usaha kerajaan menayangkan imej ngeri di kotak-kotak dan produk tembakau ini?(dengar khabar bermula Disember ini) Insyallah..


p/s: nak panggil si celeng ke si tabung?

No comments: