Saturday, June 14, 2008

selamat hari ayah dan mak

pukul 11.30 lebih kurang aku rasa macam hendak tengok tv dulu sebelum blk mktb. baju n semua alatan untuk 'bersekolah' sudah siap kecuali alat lukisan yang jadi penghibur masa lapang aku tinggalkan sahaja dalam bilik kerana tidak mahu membawanya lagi. aku fikir pukul 3 bolehlah aku bertolak. aku tidak tahu magis apa, tapi terus saja jari menekan butang kedua(kena tekan kat tv,jenis lama), saluran RTM 2.

Ha, Hindustan. lama dok tengok. Adik tengah studi depan tv mungkin nak tengok kartun tapi aku buat tidak peduli. nak tengok hindustan jugok!
Eklavya..tajuknya bermula..dengan latar gelap ala-ala tamadun kurun lama, aku agak ini cerita mesti best macam cerita Shah Rukh dulu, Asoka(aduh pandai sungguh cerita hindi ni ye..)
tetapi kisah ni rupanya di zaman 90-an cuma sedikit elemen tradisional juga lah.

Eklavya merupakan pelindung bertaraf tinggi dalam istana melewati keturunannya. ibunya berkata kamu mesti menunaikan kewajipan mu, jika tidak 9 keturunan kita akan masuk neraka.fuhh
apa yang menyentuh dalam jalan cerita ini ialah apabila Eklavya hendak membunuh tuan putera yang sebenarnya adalah anak kandungnya Putera Harshwardhan@ Harsh. baginda adalah hasil hubungan sulit dengan baginda permaisuri,isteri tercinta raja ketika itu( tak ingat nama)


sehingga saat hampir mati pun, baginda permaisuri hanya meminta dipanggil Eklavya sehingga murka Raja telah membunuh dengan mencekik permaisuri hingga tiada nafas udara lalu mangkat.

Putera Harsh hanya pulang selepas itu. Tuhan Maha Kuasa, adinda Puteri Nandini yang sedikit 'kurang' terbocor kata tentang kisah bonda . Puteri mahu menunjukkan hasil lukisannya kepada kakanda Harsh lalu melalui satu lukisan terdapat gambaran Raja mencekik Bonda dan puteri turut berada dalam kamar, bermain-main, di saat akhir hayat bonda. mungkin itu kesilapannya kerana mungkin Raja sanggup membiarkannya berada dalam kamar itu lantaran berfikir Puteri tidak akan memberitahu sesiapa dek kecacatannya.

Putera Harsh mengupah bapa saudara dan anaknya untuk membunuh Raja setelah mengetahui kisah itu.

sebelum itu Putera sudah mengetahui tentang kebenaran siapa ayah kandungnya melalui satu surat bondanya yang diberi oleh kekasihnya Rajjo yang telah lama menjaga dan menjadi kawan kepada adinda Puteri Nandini. baginda bereaksi biasa-biasa sahaja. mungkin dari sejarah kecilnya lagi, baginda sudah terbiasa mesra dengan Eklavya,bahkan selalu memanggilnya 'ayah'.
namun satu hari, Ekalya diusir, dipecat dari istana dan disuruh pergi jauh bercucuk tanam dan janji Putera, ayahnya akan dijemput apabila baginda beroleh kurniaan cahaya mata bersama
Rajjo yang dikahwininya.

bintang berkaburkan ketaatan, malapnya terjadi. Eklavya membunuh bapa saudara dan anaknya yang diupah itu setelah kematian Raja, di mana beliau bersama baginda dan seorang pemandu yang merupakan kawan baiknya serta bapa kepada Rajjo, dalam satu perjalanan yang entah ke mana. dia berpegang taat pada "Raja saya" kerana kata ibu itu adalah kewajipanmu, wahai Eklavya.

sebelum dibunuh bapa saudara Putera, beliau mendedahkan bahawa beliau dan anaknya diupah. jadi terketawa besar beliau apabila Eklavya berkata akan dia bunuh orang yang mengetuai pembunuhan itu. kerana, yang mengupahnya adalah Putera Harsh, anaknya yang kandung.
terduduklah Eklavya di samping batu batan di tepi landasan kereta api berfikir,apa benarkah begitu?

yakah Harsh yang membunuh Raja saya?

Aku adalah berkewajipan menjadi pelindung Raja saya,bermakna aku harus membunuh Harsh untuk kewajipanku?

Eklavya muncul di belakang Putera Harsh yang selesai menemankan adinda Nandini sehingga tidur. beliau mahukan kepastian,benar kau membunuh Raja saya,nak? Hanya kerana daerah yang sebuah ini, nak?
rupanya tidak, Putera berkesanggupan membunuh Raja kerana baginda lah yang membunuh Bonda.

Tidak percaya! mungkin ini rekaan Nandini,kan dia gila? namun hatinya turut tersedar akan keburukan Raja nya itu.

jika begitu, ayah bunuhlah Putera ini,bukankah itu kewajipanmu?
dia tertunggu,ragu.

atau biarlah Putera sendiri yang membunuh diri. Putera tahu ayahnya tidak sanggup. Tangan ayah menggeletar. biarlah Putera membantu ayah menjalankan kewajipan ayah. Lagipun,apabila si ayah sudah tidak mampu, adalah menjadi tanggungjawab anak untuk membantunya.
tidak,nak, kalau begitu akan masuk neraka 9 keturunanku. biar aku bunuhmu, nak dengan mata bertutup kain hitam dan lontaran pisau warisan ayah ini, nak. kau bersuaralah, nak kerana aku akan melontar pisau ke arah bunyi.

Putera sudah mengacu pistol di kepala sendiri lalu bersuara "Ayah"

Zuup..tangannya terencat dari memegang pistol akibat pisau pantas dari bapanya terkena tangan, dan jatuh disambut Eklavya di lantai, berpelukan mereka..selamat....

sebelum berakhir, Eklavya tahu dirinya akan digari polis ketika hadir ke tempat Putera Harsh mengumpulkan semua penduduk untuk berucap. Eklavya bersalah kerana membunuh 2 orang dari kalangan istana dan akan dihukum gantung, dan Eklavya reda. namun, si polis memberitahu, dia menjumpai nota bunuh diri di tempat kejadian kepada Eklavya dan semua. dia juga turut mengenyitkan mata kepada Eklavya

jiwamu unggul ayah, aku sanjung sampai akhir..


mohon ampunkan dosa ibu bapa ku dan semuga Kau pelihara mereka, menempatkan mereka ke syurga, bahagia dunia akhirat

No comments: