Tuesday, July 8, 2008

ceramah tu best tapi.....

sehingga diberitahu yang malam ini tiada program tazkirah atau kuliah maghrib yang seperti biasa kerana ustaz yang bertugas tidak dapat hadir, aku mahu sahaja pulang ke asrama

tapi pabila dikatakan akan ditayangkan rakaman ceramah ustaz Azhar, aku terhenti kemahuanku

selama ini orang ramai bercakap tentang beliau, dan tertanya juga bagaimana sebenarnya
ada pernah terlintas tengok, rakaman ceramah beliau( tidak ingat di mana dan bila) tapi nampaknya belaiu ada 'x factor' melalui dialek dan 'knowledge content'nya juga jo sanggup melabelkan parasnya sebagai "antara yang terbaik"

malam itu, ya, seronok juga mendengar celoteh dan ilmunya(walau tidak sempat habis kerana sudah masuk waktu)

tapi terdetik
untuk ceramah yang rupanya begini,
atau yang mana-mana
selain darinya,
ada yang bagaimana hingga mampu mengumpul bilangan 'enthuthiasme' yang pasti diakui bukan sedikit
dan mengimbang pengaruh yang jujur dan mutlak dalam kalangan masyarakat

sebenarnya
untuk ditanyakan kepada hati sendiri
menghadiri rapat sebegini,
atau yang mana-mana
selain darinya,
apalah kehendak dan misi yang mahu dicapai oleh diri sebagai pendengar
atau sebagai pengutip ilmu

meminati jenakanya?
kerana jemulah untuk mendengar suara tua garau serta lemah untuk menyampaikan ceramah,bukan?
lalu kebosanan pula mempengaruh minda untuk 'menolak' ilmu yang disampaikan, akhirnya
dan rugi sahajalah kedatangan ke surau atau masjid kali itu..

atau kerana pendirian kamu adalah seperti nya?
maklum, sikap masyarakat ini, perbezaan membawa kepada
kelahiran tempat untuk solat berjemaah berbeza pun
jadi, hadir ke penceramah yang berbeza warna pasti akan menyebabkan
penolakan ilmu keluar dari minda

ataupun kerana mahu menyenangkan hati?
banyak cara...
mungkin akan mengumpul penghormatan dan keseganan manusia ramai, kerana suka menghadiri ceramah
mungkin akan dipandang sebagai baik
mungkin dilabel antara kelompok "orang yang boleh dipercayai"
atau yang boleh mengikut peraturan?
lalu akhirnya hati senantiasa girang,bukan?

jo rasa dalam soal ini kita boleh melihat kepada satu maksud hadith, tentang musafir
(yang agkanya bunyi begini)
jika seseorang bermusafir untuk dunia, maka dapatlah akannya dunia
dan jika bermusafirnya itu kerana akhirat, maka dapatlah akannya akhirat

jika niat kerana jenaka, maka itulah hidangan mu
jika kerana ilmu, maka untungnya begitu sungguh
lantaran majlis ilmu itu adalah taman syurga di dunia



wallahua'lam

No comments: