Tuesday, July 15, 2008

jo tidak tahu.........

malam tadi hangat berkumpul di bilik rehat blok Uthman, dan jo bersama rakan sekelas sudah menanti dari siang untuk menyaksikannya

debat Dato Seri Anwar dan Dato Shabery
'hari ini bentuk kerajaan, esok turun harga minyak'

pasti sehingga mencapai rating yang tinggi, jo fikir

lebih lagi reformasi yang ingin diketengahkan oleh seorang 'bekas kerajaan' dan defensive aid dari seorang 'bekas pembangkang'

paling pasti kedua-duanya setanding, walaupun kerap kali DSAI diserang secara perbadi, langkah tidak gementar namun masih mampu berhujah, lalu berkeputusan membiar serangan ditepis dengan reaksi bersahaja beliau,menarik hati ramai
hebat juga bila Shabery mampu mengheret seketika seorang pemidato unggul seperti DSAI untuk menggunakan isu peribadi untuk berlawan, semisal menyata bahawa "Shabery masih dalam era 1974 nya" tetapi nampaknya DSAI sedar awal, lalu terus berhujah menurut maudhu'.
excellent!

dalam itu, apa yang tergambar jelas, dalam tempat bernama Malaysia hari ini sudah berbeza,
kini negara semakin berjaya bilangan pembangkangnya
meningkat, dan jo kira pertambahan akibat kelecehan penguasa mengatasinya lah yang menjadi faktor utama

minyak adalah segalanya? seperti itulah yang terjadi kepada banyak kita hari ini. mana mahu bergerak jika tiada minyak? apa mahu dibuat jika sudah ketiadaan nya?

namun jika orang yang pandai berbahasa, jo yakin mereka akan mengekodkan apa yang dipersoal DSAI malam tadi, sebagai ketua pembangkang, dengan begitu teliti
DSAI mempersoalkan, kenapa perlu berlakunya kenaikan harga mendadak?
jika dilihat, dalam soal ini akan ada orang(rakyat atau penonton) yang akan marah kepada Shabery
dilihat, beliau tidak begitu dapat mengekod apa yang dimahu perjelaskan oleh DSAI daripada kerajaan
iaitu, diulang, kenaikan harga mendadak

namun mungkin dari segi yang satu lagi, Shabery sudah menjawab, tetapi bezanya secara tersirat maknanya
lihat sahaja ketika bagaimana beliau menyatakan keadaan Malaysia yang menjadi 'net importer' menjelang 2015, yang menyebabkan DSAI membidas dengan menyatakan 'siapa kata...'
itu adalah ramalan, namun tidak dicakapkan secara tepat oleh Shabery menybabkan beliau diperli DSAI kerana menyatakan maklumat tepat

berkenaan harga minyak naik mendadak, yang dinyatakan DSAI, sebenarnya memberi dua persepsi kepada rakyat dan banyak pemerhati

satu, menyatakan bahawa pembangkang boleh menerima kenaikan harga minyak berlaku, tetapi tidak secara mendadak seperti akhir Jun itu
waktu inilah jo terdengar, ahli rakan yang turut menonton di situ berkata, "habis, kalau kerajaan naikkan juga harga minyak, cuma secara perlahan-lahan(seperti yang dilakukan di zaman Dr. M dan seberapa seketika Pak Lah juga), adakah pembangkang akan menggunakan isu minyak ini juga untuk menentang kerajaan?serta turut menjadi semeriah begini?( sampai masuk tv untuk berdebat)"
seperti yang diperkata Shabery, kenapa pembangkang mahu sangat mengguna isu minyak menetang kerajaan?

dua, kenyataan itu memberitahu, bahawa kerajaan sepatutnya mencari langkah membendung kenaikan seperti itu, kerana kenaikan minyak secara mendadak ini yang menyebabkan kesulitan ekonomi dalam kalangan rakyat.
banyak kali, juga dikata, bahawa mengapa tidak itu dan ini
ada berkait juga dengan persoalan, mengapa sebagai pengeluar, kita tidak menjadi lebih untung apabila dirempuh zaman kenaikan harga minyak itu?
pendek kata, pembangkang mahukan ini
'tukar kerajaan'

jo percaya apabila DSAI menyata bahawa harga terkini boleh dikurang dengan banyak sumber yang kerajaan peroleh,
jika begitu, mengapa tidak berfikiran baik, tunjukkan kepada kerajaan bagaimana melakukannya? kata seoarang teman, yang jo juga sedikit terangguk
sebagai ganti kepada mahukan perjuangan sendiri, mengapa tidak kita bekerjasama?
Melayu dan Melayu terutama
dan janganlah kita sombong menerima ajaran
bukankah guru itu adalah sekaliannya?

yes! dan akhirnya rakyat juga akan senyum pada kedua-dua
tidak adalah situasi sanggup tidak minum berjamu bersama hanya kerana tidak sependirian
bukan?.....

No comments: