Wednesday, July 2, 2008

National Monumen pleassssee....

membaca kritikan yang dipapar dalam akhbar baru-baru ini tentang iklan NST yang sekarang sedang mencuri perhatian di kaca tv, begitu juga ada tindak balas dari pihak berasingan dalam keluaran seterusnya akhbar terbabit, jo jadi terungkap dengan soalan-soalan

rasa terakaun dengan kemampuan jiwa bangsa



malam Isnin baru ini, kami keluar makan ke tempat yang kali pertama bagi aku ke sana, kerana restoran yang selalu kami pergi tutup, kebetulannya, malam itu
sederhana rupanya, di tepi jalan, dan bergred kecil
kelihatannya

malam itu kami bukan sahaja dihidang dengan kelambatan kedai menyediakan pesanan malah terkesan dengan satu adegan, kejutan kecil jo kira

di mana, dua orang pelancong asing, seorang lelaki dan seorang perempuan, Muslim Russian, (dia memberi salam ketika seorang dari kami mendekatinya) duduk menjamu selera di situ juga

kelemahan restoran lagi terlihat, pelayan yang sepatutnya mengambil 'order' terpaksa meminta jasa baik dari sekumpulan pelajar perempuan(IPKT) yang bersebelahan duduk dari meja 'tetamu' tersebut, untuk mengambil pesanan
malah, murungnya bertambah, pelayan tersebut menghulur makanan yang siap dari jauh dari tempat duduk mereka, mahu mengelak dari berkomunikasi dengan mereka

kenapa begitu?
kita hanya mahu mengkritik percubaan yang mampu mengubah kita ke arah yang lebih baik,
tetapi tidak pernah mahu seketika berfikir untuk menginovasikan sesuatu untuk memperbaiki diri,
lalu, memburuk dan meruntuh modal yang berguna pula, sanggup

tiada rasa malu,tiada tersinggung dengan keadaan diri,
sebaliknya terasa selesa dan unggul lagi...

wadah yang bagaimana baru akan dikira bagus bagi kita
yang konservatif? atau hanya berpihak satu rasa? atau yang selagi sedap memandang?
dengan hati dan pengaruh perasaan?





p/s: respect part yang pelajar lelaki dengan dialog "kita rakyat Malaysia, bacalah dalam Bahasa Malaysia"...intonasi, style, suara dan dialog tu sendiri memang menjadi habis!!

2 comments:

irsyad22 said...

ad gop keda g2 eh..
org klu foreigner mari r, kite wa mesra..tunjuk yg rakyat malaysia ni peramah..
biar kite speaking ngambang kali pon

areistida89 said...

gitu lah "Malaysia' dalam sudut keramahannya..