Tuesday, July 22, 2008

terima kasih Malaysia...


luahannya sudah minggu lepas dan jo sudah baca pada tarikh siarannya
cuma, bila dibaca lagi sekali hari ini, ada rasa yang berbeza pula...
dari seorang Malaysia kepada Malaysia



Terima kasih kerana menyusahkan kami

SAYA merupakan salah seorang daripada ribuan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan luar biasa pada Isnin lalu. Seperti yang dimaklumkan, satu perhimpunan haram telah dirancang diadakan di bangunan Parlimen oleh pihakpihak tertentu.

Walau siapapun pihak tersebut sama ada parti politik kerajaan atau parti politik pembangkang mahupun NGO, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana telah menyusahkan kami semua, menyebabkan bergelen-gelen minyak kami habis dalam kesesakan, menyebabkan kami lewat ke pejabat, menyebabkan mesyuarat penting dibatalkan dan bermacam-macam lagi.

Juga terdapat rancangan untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di KLCC. Terima kasih juga kerana menyebabkan negara ini jadi tidak selamat, menyebabkan para pelabur lari, menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi tidak kompetitif kerana selalu ada perhimpunan haram, apabila pelabur lari operasi pula ditutup maka ramai orang kena berhenti kerja. Anak dan isteri tidak dapat makan. Terima kasih banyak-banyak.

Sebagai rakyat Malaysia, saya sudah bosan dan muak dengan senario sekarang baik dari segi politik atau lain-lain.

Tidak kira apa sekalipun objektif demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram ia cuma akan menyusahkan kami yang tidak bersalah. Jika hendak serah memorandum, serahlah secara baik. Tidak perlu hendak berkumpul beramai-ramai. Apakah masing-masing mahu jadi hero?

Sebagai pengundi berdaftar yang telah mengundi pada pilihan raya lalu, kami telah memilih calon pilihan masing-masing. Jika ada pihak hendak bermain politik kotor atau berdemonstrasi itu masalah anda, jangan heret kami dalam masalah. Kami banyak kerja hendak dibuat.

ARES SALIM

Kota Damansara

17/07/2008

utusanmalaysia


p/s: orang yang baik tidak akan mengaku dirinya baik dan orang yang jahat tidak akan
mengaku
dirinya jahat..

No comments: