Thursday, July 24, 2008

tidak tahu menangis...tidak mahu menangis

sudah berapa kali aku ditimpa malang
kali ini


isnin, jari manis tersalah urat,
bengkak, macam pin boling
sudahlah di tempat sama,
pun juga kerana sebab yang sama,
bola baling, sama macam sekolah rendah dulu


sebelum itu, ahad, selsema teruk,
berjangkit dari orang lain, itu mungkin tiada mengapa,
tapi aku juga jadi penyebar, habis ramai orang kena
aku pula,
tambah dengan resdung,
lagi teruk jadinya

selasa, jumpa doktor,
alah, terlupa ubat selsema,
sebab hanya mention aku rasa mahu demam sahaja
dan bengkak jari

tiba hari rabu, demam panas,
sudah cuba,
berlakon, bersandiwara dan macam-macam lagi,
untuk sembunyikan perasaan lemah badan
tanggung beban budak-budak nakal masa pameran lagi,
letih sampai petang, tidur dan tidur

khamis, sakit tekak, batuk
suara tak mahu keluar habis, speed and sound pun slow
orang tanya, aku kena marah, tak dengar jawapan aku


hari ini masih sakit tekak,
suhu badan, alhamdulillah sudah turun berkurang sedikit
hingus ada juga sikit dan kadang-kadang



aku sudah banyak berdosa,
penyakit petanda akibatnya,
banyak pula petanda dosa begitu banyaknya,
Allahu Rabbi, Allahul Kareem, Allahul 'Azhim
terima kasih kerana maseh belum menguncinya-hidayah
untuk aku berdoa lebih banyak,
untuk aku mulakan hijrah selalu
biar Kau cabut nyawa ku
aku mohon berlindung selalu
mohon juga selalu lurus
mohon sentiasa aku dilihat
biar disayang dari mata-Mu
amin

1 comment:

Anonymous said...

baca, kaji & faham - bagaimana utk menambah pendapatan
LAYARILAH : kutupintartrg.blogspot.com