Wednesday, August 6, 2008

adanya dia

baru baru ini kawan bertanya, jo duduk(tinggal) di mana
jadi jo lukiskan peta, petunjuknya senang, Rumah Kebajikan dan Warga Emas
selang dua tiga bicara
dia bertanya

jika kita sudah terdesak, kerja dan waktu misalannya, adakah kita akan salah menghantar ibu bapa ke sana?
ditambah lagi dengan pengalamannya perit menjaga seoarang saudara yang sudah uzur
susah, sakit segalanya..
kalau ibu bapa kita akan uzur begitu keesokkannya
apa burukkah jalan mengahantar mereka ke sana
untuk diurus dijaga
bukan kita hendak menyisih membuang
tapi kejaran yang harus dilakukan untuk kelangsungan


......................................*********..................................
hari ini aku membelek akhbar kelmarin
paparan utamanya:






Belasah ibu kerana RM2
Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Berang kerana enggan memberi wang RM2, seorang lelaki tergamak menumbuk dahi ibunya sebelum membakar rumah sendiri hingga menyebabkan tiga rumah lain turut musnah terbakar, semalam.

Sebelum kejadian kira-kira jam 4.25 petang di Kampung Sireh, Bawah Lembah, dekat sini, lelaki berusia 35 tahun itu meminta wang RM2 daripada ibunya, Kamariah Hamzah, 65, kira-kira jam 10 pagi.

Wanita itu tidak mempunyai wang kecil menyebabkan lelaki terbabit berang sebelum mengunci semua pintu rumahnya dan menyalakan api menggunakan dapur gas sebelum merebak dan memusnahkan rumah berkenaan dan tiga rumah jiran berhampiran.

Sebelum itu, lelaki dipercayai penagih dadah itu turut menumbuk ibunya sehingga terpaksa menerima tujuh jahitan di dahi sebelum dia ditahan polis.
Bapa tiri suspek, Ibrahim Sulong, 72, berkata sebelum kejadian, isterinya mendakwa anak tirinya itu meminta wang RM2, tetapi dia tidak beri kerana tiada wang kecil.

“Kerana marah, dia mengunci semua pintu rumah dan terus menyalakan api dipercayai menggunakan dapur gas sebelum merebak dan membakar tiga rumah lagi.

“Ketika kejadian, pak cik berada di kedai kopi berhampiran dan dimaklumkan jiran selepas ternampak asap,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, sebelum kejadian, beberapa anggota polis sudah berada di kawasan rumahnya untuk memberkas suspek selepas dipercayai mencederakan ibunya.

“Sudah menjadi kebiasaan anak tiri saya itu akan meminta wang, tapi tadi (semalam) ibunya tidak dapat memenuhi permintaannya.

“Pak cik tidak sangka tindakan itu akan memberi kesan kepada jiran lain yang kini terpaksa tinggal sehelai sepinggang.

“Bagaimanapun, pak cik bersyukur kerana isteri terselamat walaupun cedera di dahi,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mat Ariffin Mat Amin, 71, berkata ketika kejadian, dia berada tidak jauh dari rumahnya sebelum bergegas pulang sebaik ternampak asap.

“Ketika itu, hanya isteri (Saedah Mahmud, 62,) di rumah tapi dia terselamat walaupun kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya.

Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dan Kota Darulnaim bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.25 petang.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd Shukri Ismail, berkata ketika tiba ke tempat kejadian, hampir keseluruhan rumah berkenaan terbakar dan pihaknya mengambil masa 15 minit bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan lain.

“Jumlah kerugian dianggarkan RM200,000 termasuk membabitkan satu rumah kosong yang tidak berpenghuni,” katanya.

...................................*********........................................

malam itu, aku berkata

aku telah lihat dengan sendiri
rumah itu dekat saja dengan rumah aku
jalan kaki pun

fuuuhh......
aku mengeluh,
air mata beberapa kali mahu jatuh
mahu menjadi jujur
tapi nasib baik tidak terjadi

kawan, ibu bapa memang menyusahkan,
tapi kitalah yang menyusahkan mereka
tidak sama ibu bapa membelai kita
tunggu dan jaga setiap hari
siapa mahu
tapi jika begitu, untuk apa
mereka melahirkan kita
bukan untuk membalas mereka?

Allah, suara jadi perlahan beransur-ansur
(mungkin mereka sudah cam)
ada ibu menjadi gila, kerana anak tidak mengenang jasa
ada ayah hilang akalnya, kerana anak sudah menghilang ke mana
ada mereka bermain teater, tapi hatinya menangis sakit
tapi bila hadir kita menjawab......

padahal kalau aku mahu, pulang saja setiap minggu ke rumah
baru saja di rumah Sabtu lalu
Isnin dan Selasa sudah rindu
'komang' sungguh aku
tapi siapa kata aku kuat?
ada saja jo fikir pasal mak ayah

Sabtu, aku pergi ke Masjid Putih tunggu mak ayah
ikut ceramah agama mingguan
pukul 12 habis, pukul 10 aku sudah tunggu
nak balik rumah sama-sama
tengok mak keluar dari pintu, hati jadi habis
mak lesu, berjam-jam ceramah, duduk
tapi semangatnya,
jumpa dia, suruh cari ayah dekat dalam
ayah keluar pintu belakang,
cepat jo kejar ayah, hati jo kata
jumpa dekat air pancur
salam, cium tangan
nak peluk tapi takut terjejas
teman mak ayah beli kasut ayah
mak pun beli selipar juga, murah saja
balik rumah sama-sama
sebelum balik maktab malam itu, jo ambil gambar mak ayah
bubuh dalam beg duit

rasa macam nak balik lagi kali ini
jadi jo bersungguh-sungguh minta cuti menghadiri perkahwinan abang minggu depan
jadi minggu ni ada halangan, bolehlah bersabar sedikit lagi
nanti cuti boleh jumpa semua
syukurnya

2 comments:

onyor ixyca said...

salam jo.. jiji here.. kenal dok? sedih bace entry kali ni.. tk tau bakpe..

areistida89 said...

knal mesti le knal
bkn nya org lain
classmate lama
thanks anyway krn sudi belek blog yg huduh ni...