Tuesday, August 12, 2008



puas sungguh hati bila akhirnya usaha yang dikerjakan mendatangkan hasil, bukan?

itulah yang jo rasakan dari semalam

bermain bola baling, selepas gagal menewaskan pasukan jemputan dari sekolah berhampiran, jo rasakan kali ini tiada orang yang gagal menunjukkan permainan yang baik, baik pasukan kawan waima lawan.

jo sempat bermain sedikit masa sahaja, menggantikan pemain pertukaran
bola baling tidak seperti bola sepak, pertukaran adalah sangat terhad
pemain bola baling acap kali boleh bertukar-tukar, lagipun permainan ini jauh sangat meletihkan kerana bukan sahaja mengejar bola, jumlah pemain sedikit, malah pertukaran bola dari satu pemain ke pemain yang lain yang pantas membuat pemain cepat termengah
En. Mazlan sendiri meberitahu, tidak ada pemain yang boleh bertahan lama dalam bola baling
apa pun, menyeronokkan
padang juga bertukar menjadi riuh rendah

malam tadi persembahan puisidra, gabungan unit Sains dan Kajian Sosial
unit lain dengan pelbagai persembahan berbeza masing-masing pula
namun puas juga sekali lagi,semua yang dirancang menjadi..dan yang lebih penting tidak ada yang sambil lewa, sebaliknya semua menumpukan segalanya, usaha dan daya
alhamdulillah semuanya mendapat pujian daripada En. Mansor pensyarah penasihat kami semua
hari ini pun En. Amidin memuji di dalam kelas

lega ini untuk kali ini, insyaallah akan ketemu yang baru lagi nanti..


No comments: