Wednesday, September 17, 2008

dirrrrrrrrtyyyyy...

ha tandas lagi bersih dari dapur?

ye...

dah kalu gitu masak dalam tandas la pulak

hmm, paper ni pun cakap sama.

kami tergelak kecil bila jo baca dan ulas serba sedikit tentang satu berita yang tersiar dalam News Strait Times tu.

ruangan tu mengatakan bahwa antara 7 negara yang dijalankan kajian oleh Hygiene Council, ke atas United Kingdom, United States, Germany, South Africa, Saudi Arabia, India dan Malaysia, negara kita berada yang terbawah tangganya, selepas India dengan carta pula dijuarai Saudi Arabia.


daripada kenyataan diberi, pihak tersebut telah mengadakan kajian kebersihan di banyak bahagian rumah, sehinggalah ke bahagian pemegang peti pun!





apa yang sebenarnya jo rasakan dari kenyataan ini, ialah sikap punnguk merindu bulan yang ada dalam kalangan kita
sudahlah tu, siap jadi anjing dengan bayang lagi
jadi pulak paku dulang paku serpih

rakyat Malaysia ni, dari atas sampai bawah, lama ke baru, tua muda semua pandai berkata, tapi angin yang keluar dari mulut hanya ada bau saja
tidak dapat rasa
cakap pandai, tapi buat?

lebih2 lagi sekarang ketika zaman politik menjadi kritikal, tak kira lah anda warna apa, anda lagi mengagungkan kewujudan pemerintahan dan kepimpinan yang esok hari faedahnya belum tentu anda rasa, kalau ada pun terlalu sedikit dan smeentara, percayalah
sebab apa yang jo dapat lihat, mereka sanggup berperang untuk matlamat kuasa, tetapi untuk nilaian moraliti serta sivik yang semakin berkuarang dalam jiwa bangsa,
mereka biarkan ke tepi

apa hina ke kalau kita pegang berus dan bersihkan tempat kita mandi buang air?
kalau kita simpan dulu sampah sampai jumpa tong untuk buang dengan sepatutnya jo rasa bukan kita dapat malu pun
meludah pun tak kena tempat, jangan la di laluan awam

berucap pasal membina negara yang cemerlang pandai, tapi basuh pinggan mesti ada kesan minyak, so nampak sangat kerja sebagai pemimpin ada suap-suap

bukan untuk dikeji sangat, tapi biar selari, jangan konon kita mahu menjadi kuat, sampai sanggup bunuh orang?

3 comments:

Hazimin Harun said...

Salam,

wah tajam benar tulisan ni. memahami lapis makna tersebut, dan aku bersetuju.

p/s:suka gaya penulisan sinikal.

areistida89 said...

eleh mat zang ni nk perli aku r ni guna bhs x bijak cam ye...



nyway,thank u komen
at least ada r org baca gop blog huduh ni
hihih

areistida89 said...

ishh jadi malu plk bile baca komen matzan 2 kali