Sunday, September 14, 2008

terima kasih ya, abang..





"best jugak pegi sarawak" itulah rata-rata yang jo rasa semua famili jo ucapkan, paling tidak dalam hati masing-masing
bukan setakat asyik makan saja, boleh la jugak timba pengalaman di tempat orang yang khabar luas memang menepati tanahnya
jumpa jugak segala macam benda dan yang paling penting budaya dan bahasa yang pelbagai
bahasa adalah sangat ketara menyebabkan famili jo susah hati dan kadangnya jugak garu kepala
nasib baik la abang ada, boleh la translate sikit2

tambah lagi suasana kemasyarakatan dalam komuniti tu jauh berbeza dengan yang jo jumpa di semenanjung
pada Jumaat yang jo dibawa solat di sebuah masjid, jo tengok orang2 muda belia adalah antara yang last untuk pulang ke rumah selesai solat, mereka yang jo kira dalam sebaya jo, masih menunggu di luar,di kawasan parking dan bila-bila ada yang melalui mereka, mereka menghulur tangan bersalaman
begitu juga pada hari menjamu, rakan-rakan anaknya, dan anggota kejiranan sependuduk, datang membantu membuat persiapan
rakan2 anaknya ada yang membasuh pinggan, dan kebetulan ayahnya adalah ahli kelab badminton manakala ibu pula ahli persatuan wanita, ahli2 nya pada hari persandingan dan malam pernikahan datang 'beratang-ratang' menyediakan makanan, nasi ambang dan mi kolok umpamanya
memasang khemah, menghidangkan makanan dari meja ke meja yang dibawa dalam dulang yang khas dan besar(hingga dibawa dua orang), membersihkan meja-meja, mengangkut lauk pauk
dan yang paling penting sekali mereka memakai baju batik dan kurung warna seragam! jauh berbanding di sini, kalau boleh baju yang paling lama yang mahu disarungkan pada hari itu keran kalau dipakai baju yang cantik, tapi menghidang dan mengangkut ke sana ke mari, sudahlah baju kotor, standard pun ada turun sikit...itu pun dah level catering, kalau yang biasa tu? hmm..
pendek kata, sangat rapat antara mereka semua hubungan yang terjalin




lagipun kalau acara di Terengganu dan rata-rata negeri di sini, ada satu part yang jo rasa sudah lama tidak dipersembahkan dan mungkin sudah pupus iaitu persembahan silat kepada pasangan pengantin
mengetepikan unsur simbolik, itulah kali pertama dalam hidup jo melihat upacara yang dilakukan dipersembahkan sebelum mempelai masuk ke dalam rumah untuk bersanding
hari itu, 3 orang lelaki spontan mempersembahkan silat gaya berbeza-beza
kagum sungguh dan tiada yang tak tersenyum

alah.. suka nya dia 2 orang nak kawin...



bukan setakat di jari tapi juga di hati



ni baru satu persalinan, (alah..red eye la pulok..)lepas ni ada lagi bidayuh, jawa dan western punya uniform,
ha...
mak kata "nasib baik la abang sabo orangnya, kalu dok..."



begitu juga dengan ahli kelab badminton yang pada malam majlis kesyukuran (malam pernikahan) lengkap setiap ahlinya bermain kompang gendang selepas marhaban dan zikir, sungguh seronok




samalah dengan 4 hari yang selebihnya di mana tiada lagi majlis, famili jo dibawa berjalan di Cat City-Kuching
Waterfront, Ranchan Waterfall, Annah Rais Longhouse, Kuching City, Cat Museum sempat juga membeli belah di sekitar waterfront dan kedai kek lapis Dayang Salhah yang kerap dikunjungi selebriti, dan melihat orang utan di pusat pemuliharaan (x igt nama) dan banyak lagi..mereka melayan kami dengan baik sampaikan mak ada berseloroh kecil, nanti kalau majlis sambut menantu tak tau la nak serve hotel berapa bintang?..





di waterfront



rumah panjang yang agak panjang (letih jugak melawat... :{ )



multifunction n unique: tempat duduk dan pada masa sama menjadi lesung




sejuk, refleksologi dan nyaman..



pengalaman naik kapal terbang pun akhirnya diperoleh,yang dalam dunia moden ni ada jugak yang x pernah, even tahu tentang kewujudan kapal terbang dan apatah naik
semua yang jo n famili rasa adalah sangat berharga
dari segi adat, bahasa, kebudayaan dan amalan harian, makanan pun (kik3)
mungkin tak akan dapat di negeri hujan batu ni
atas semua yang jo n famili rasai dan lalui di negeri yang cantik dan kaya ni,
jo sangat berterima kasih kepada abang

terima kasih, thank u, syukran, nandre, xie xie, arigato gozaimasu..
(macam tepuk2 terima kasih la pulak...)

2 comments:

irsyad said...

sedak dh rase g SARAWAK
x ajk dh aku..
huhu

areistida89 said...

hihi xpe
kkg bile aku posting kat nun
aku ajak mung tek
haha
tp seriously, bes gop g dnun