Wednesday, October 22, 2008

roadblock minda......jintan manis

ahad baru ni, jo saja-saja buat bunyi "rasa boring la....nak keluar rasanya.."

mereka ada yang menyahut, Wan tu macam biasa la, buat lambat sokmo respons dia, ragu-ragu sokmo, tak tahulah apa yang dia fikir sampai nak kata nak ke tak nak, atau ya ke tak pun jadi lambat, lampi ke? hihi gurau je Wan..

Kalau Rid pulak "mana-mana ah" lambat jugak, tapi nasib baik la laju sikitlagi dari Wan
nak lagi bila makan kat kedai, order dia mesti first yang pelayan tu catat
kalau time ambik nasi kat cafe lagi laju

Kalu Aqi, lain sikit walau pun laju "aku ikut diorang berdua (Wan n Rid) je.."
oitt!! ada juga macam ni
dahla dua orang tu susah nak bagi keputusan,dia pulak buang undi bebas, lagi la jo sakit kepala
kalu Din, susah sikit nak ajak dia keluar sama, suka keluar sendiri

semua geng jo ni sebenarnya bukan apa yang menyebabkan sorang sorang jadi gitu,
dia cuma takut pendapat ditolak, mereka takut nak hadapi feeling di reject tu je
thats why la kalu suruh beri pendapat, agak lambat la
even group work susah nak berjalan laju, tambah lagi kalau Wan dia jenis nak settle satu satu sampai sanggup tunda satu perkara

jo pun suka bertangguh sebenrnya tapi bila benda tu dah jadi high sangat level prioritinya jo akan kerah semua benda walau pun kena buat sampai banyak kerja dalam satu masa, dan akhirnya juga jadi letih

bila mula azam tahun baru semua orang pun ada la buat azam tentang sikap masing-masing
tidak terkecuali, sikap suka menangguh, yang kadang-kadang sudah sampai kritikal tahapnya
tapi ada juga orang yang tidak pernah rasa dia suka bertangguh even kerja dia selalu kucar kacir sebab sikap ni, maybe disebabkan kerja dia yang last minute pun siap sokmo, and mungkin lagi perfecto dari kerja awal tempoh, ccause mereka menjadi tidak terperasan langsung bahawa mereka sudah dihinggapi penyakit atau sindrom ni...

kita juga selalunya tidak sedar bila kita bercakap mengenai seseorang, atau langsung memberi nasihat kepada mereka yang bersikap begini, rupanya kita sendiri pun ada penyakit barah ni!

anyway i love my friends....they might not contenders of everything but still useful 'gadgets' for my life,lebih lagi bila kita berada dalam keadaan serius, they did it good as friends

bila difikir balik sikap yang macam ni perlu ada jugak, bukan dalam diri kawan kita saja tapi kita juga perlu...cuma dalam degree yang sangat minor la kut....
lagipun bila kita tangguhkan kerja, kita ada masa untuk relax sikit instead of asyik push diri untuk sempurnakan kerja tu
dalam diri kawan-kawan, boleh la jadikan sebagai usikan, sebab kalu semua orang baik saja, mesti tak ada benda nak ditegur dan akhirnya semua orang jadi skema belaka.. lagipun bila kita tegur secara sindir, kritik(slow2 doh la) atau pun gurauan it will indeed expose the true color of one....agree?

macam dalam konsep Ying Yang la..kena ada negatif jugak di samping positif value.. kan kalu postif campur negatif, atau bila didarab kan akan jadi neutral?

konsekuensi, berdoalah kepada Allah s.w.t supaya mudahkan jalan hidupan harian dan walau pun tahu diri sebenarnya tidak sempurna, minta dijadikan ketidaksempurnaan itu sebagai jalan mengejar kesempurnaan...Ameen..



No comments: