Sunday, October 5, 2008

tercinta..

jika anda melihat kesusahan apakah yang tercetus dalam jiwa anda?

Ali seorang budak pintar, rajin dan penyayang dan bertanggungjawab
baru sekian hijau tapi sudah tahu apakah nilai kehidupan tanpa kasih sayang

hari itu, kasut adik hilang selepas singgah seketika di kedai membeli potato
dicari-cari, malang dimarahah oleh tuan kedai kerana telah mengganggu kedainya
lalu tiada arah

terpaksa pulang dengan berita malang kepada adik

tapi, adik aku berjanji akan carinya di seluruh tempat, Ali memujuk
dan untuk hari sekiannya, kau pakailah dulu kasutku
dan sebatang pensel, yang juga adalah baru dan lebih panjang dari kepunyaan mu
aku hadiahkan tanda aku percaya akan kamu
tolong jangan disampai ke telinga papa mama

berjanji

dan Ali akan tunggu adiknya setiap selepas adik selesai sekolah waktu tengah hari
kerana waktu petangya Ali pula akan berkejar ke sekolah
pecutlah setiap hari adiknya, setiap kali selepas sekolah,
untuk Ali pula memakai kasutnya

selepas banyak peristiwa akhirnya sekolah akan menyertai satu pertandingan larian dan meminta wakil seramai 5-6 pelajar

mulanya berat hati, tetapi tertarik dengan ganjaran tempat ke 3-sepasang kasut,
Ali merayu kepada guru untuk menyertai
sudah terlambat tetapi Ali yakinkan juga
ujian masa yang cemerlang
selain kehendak yang tinggi
dan Ali terpilih

Ali memberitahu adik tentang khabar gembira, dan berjanji
Ali akan di tempat ke-3, percayalah
dan hadiahnya adalah untuk adik tentunya

esok larian adalah di tangan Ali
namun untuk mendapat tempat ke 3 Ali buka laluan untuk pelari lain
dan apabila 2 pelari sudah melepasinya, dia kejar

tapi si jahat yang di belakang mengganggu
dan Ali rebah

namun jaguh adalah juara sinonimnya
Ali cepat pecut dan kerana salah jiwa yang tidak lagi tenteram
dan bimbang jika tidak dapat mengejar kelompok teratas
akhirnya pecutan menjadikannya juara

guru gembira
rakan gembira
penyokong dan penonton malah
penyampai hadiah gembira
tapi Ali tidak gembira

sasaran meleset
bukan juara tetapi sepatutnya ke 3
aish...




adik gembira tetapi kecewa juga kerana
terpaksalah terus memakia kasut abang yang besar, buruk pula
koyak lagi selepas berlumba tadi

tapi
Allah Maha Menyayangi
kerana sebelum itu papa sudah belikan kasut baru
bukan sahaja untuk adik, Zahra tapi untuk Ali sekali!
dan papa sedang dalam perjalanan balik dari kedai..





Children of Heaven
Miramax Films, 1999
Academy Awards nomination(Best Foreign Language Film)
American Film Institute's Festival (Jury's Grand Prize)
Majid Majidi

No comments: