Saturday, November 15, 2008

masih jauh lagi..

sepatutnya hari khamis lalu lah jo berasa merdeka lagi, lepas habis 2nd paper untuk Science dalam pukul hampir pukul 10 tu, jo sepatutnya rasa happy sungguh
tapi tak tahu kemungkinan apa yang sudah menjadikan jo rasa biasa-biasa saja

teringat pulak pasal cuti ni

22hb ni mak ayah akan berlepas dari LTSM ke Madinah, selepas singgah sekejap untuk berkumpul di KLIA mungkin.
rasanya insyallah dapat bergerak jugak bila mak ayah 'berjalan jauh' nanti
lagipun sebelum ni kita semua pun pernah mak ayah tinggal di rumah
mungkin kena tahan perasaan rindu kat mak ayah saja lah..

26hb pulak, insyaallah, akan ada majlis sambut menantu untuk Kak Zila and Abang,
untuk majlis ni jo tahu semuanya akan berjalan lancar, sudah ada plan yang sederhana dari mak ayah jugak, tapi yang membuat jo risau mesti lah kerana mak ayah tiada di rumah..adik beradik lain pun agak risau macam mana nak handle majlis ni..campur lagi keluarga Abang dari Sarawak nanti datang jugak, mesti nak tengok macam mana majlis kita berlangsung baik ke tidak..
yalah kenduri nikah dan sanding hari itu alhamdulillah bila famili dia handle
harap-harap semuanya berjalan lancar..

jadi dalam pukul 12 hari itu, jo n wan pergi la jalan-jalan,
tapi kena la balik awal sikit, sebab dalam pukul 5 wan nak naik bas dari maktab ke MBKT sebelum akan bertolak ke Alor Setar pukul 9

jadi dalam cuaca mendung tu, pergilah TTI, dalam masa beberapa jam saja, seingat jo dalam pukul 12 lebih sampai dalam pukul 1 lebih jo dan wan berjaya tangkap seratus lebih gambar



tapi tak seberapa puas hati la..yalah, sekejap-sekejap "wan sana pulak,cepat, nanti nak kena balik sebelum kul 3 kan?"
wan pulak asyik "ei, tak payah nak pose banyak macam la, nanti habis pulak bateri aku"
tapi yang hairan nya macam mana dalam gambar tu muka jo dan wan jadi ok saja..padahal lepas berlari dari satu monnumen ke monumen asyik tarik nafas saja
bila wan kira "1, 2, 3..!" fuh, tukar muka jap, tahan senyuman..bila habis sambung lagi "cepat'cepat, masjid tu pulak"

last-last dalam perjalanan tu jo sempat lagi 'chop'.."aduh la, macam apa lah aku lari-lari gini?"
"aah, yang penting aku dan amik semua masjid nih, kali ni jugak"
"ah, yang penting semua monumen kena ada muka aku tau?"
" ish, mengada-ngada pulak"
" tak kira!"


sampai bila jo posing di papan gelongsor untuk kanak-kanak pun pekerja dekat situ ketawa kecil



nasib baik lah jugak hari itu orang tak ramai, mungkin petang tu ramai lah orang datang, lebih lagi dibuka sampai pukul 7 katanya

dalam perjalanan balik, wan cakap dekat jo, "okaylah sekarang aku dah rasa cool balik, tadak marah-marah dah" sambil makan keropok dan ubi kentang goreng yang dapat dari voucher rm3 setiap seorang di kafeteria TTI tadi
jo senyum saja, malas nak komen, sebab on the way nak datang tadi, keluar saja dari pintu pagar maktab,eh atau pun naik saja kereta dia asyik cakap yang dia tak puas hati..
jadi supaya tak berpanjangan, baik jo diam dan take easy sokmo

sempat jugak dalam jo tengah tahan sakit perut tu, kita pergi beli keropok dari Losong, kalau tak silap gerainya nama Adnan lah..untuk wan bawa balik bagi famili
beli rebus lagi yang keping lagi..wush..malam ni macam mana lah nak naik bas?

jo pun balik malam tu jugak, kesian Faiz, jo tinggal seorangan saja sebab dia kena pergi Kenyir bersama JPP
alah takpe kan ko ada geng kat sebelah? kik kik kik..
dalam gopoh-gopoh tu tak ingat tinggal kunci, ingat malas tapi takut jugak kena denda,huh..

singgah sekejap dekat Giant beli 'alat mekap' then pergi Mydin beli ayam KFC untuk Ebah sebab dapat 5A UPSR, alhamdulillah
tapi bila sampai dalam pukul 11 lebih dah, jadi dia tidur,
jo, Iqa, Ayah dan Abang Mi yang baru balik kerja tu pun makan je lah, tinggalkan seketul dalam peti untuk dia,
alhamdulillah harap cuti jadi bahagia.

Jumaat dalam pukul 8 pm, dapat mesej dari Wan "...hg brbaiklah ngan dia cpat..try tnya dia ad ktne la ni?"

selepas fikir sekejap, "tak apa lah wan, aku harap hang paham lah, aku malas nak fikir panjang lagi,",dalam hati dan jo biar saja mesej tu tiada reply,kalau ada mesej lagi lepas ni tak tahulah nak reply ke nak biar saja?

No comments: