Monday, December 29, 2008

guane gamok?

Disember ni, jo tengok hampir semua orang meng'update'kan blog mereka dengan aktif sekali. ada yang sudah menjadi agresif pun. malah, ada yang nak juga satu entry bagi bulan terkahir kalendar masihi ni.
orang kata macam nak tutup buku la katakan, acount dalam bank pun nak kena kemaskini, kerja dan semua fail nak kena arrange biar kemas balik, dan bila buka saja tahun baru semua kerja dan perjalanan jadi mudah sebelum bermula balik ke alam 'cincau' seperti tahun yang selalu.

dats why ada yang tidak terlepas update tentang azam tahun baru sama ada merangkai 1430 hijrah mahupun menyelami 2009 masihi nanti. nah, ada yang seperti biasa, cakap nak meneruskan perjuangan, kecewa dengan azam dan impian yang tak terlaksana, malah ada yang beriktiqad baru. mengambil kata biasa; kerja Tuhan siapa tahu-biarlah semua kerja dan tindakan yang terancang kita canaikan kerana kita selalu lupa, kebenaran yang tidak tersusun selalu kalah kepada kebatilan yang tersusun.

ada juga yang menulis tentang isu semasa dan kejadian terbaru, rangkuman semua sempadan geografi. krisis di palestin dan negara 'sana' membuatkan jo jadi sakit hati, tetapi meluat. sebab? tidak berkesudahan! begitu juga kemalangan dan kecelakaan yang menimpa pelbagai orang, lama-kelamaan risau yang timbul tetap tenggelam oleh kebanjiran sogokan liputannya.
kisah kemangkatan dari kerajaan Negeri Sembilan sedikit menyentuh hati jo.

kalau dunia hiburan juga tak kurang; kisah publisiti yang terpapar di mana-mana juga satu kepeningan. terbaru selepas artis menjadikan perceraian sebagai trend tidak kira local atau internasional, ialah kisah Malaysia yang khabarnya memperoleh pasangan hot Beckhams jenama sendiri. siapa lagi kalau bukan Rita dan Aidil. pasangan yang jo harapkan menang program sehati berdansa, Lisdawati dan Fauzi pun turut disentuh.

apapun, yang jo rasa sedikit lucu ialah liputan artis tanah air yang menangguhkan penyertaan dalam PLKN. setakat yang jo tahu dari kosmo! ialah Alif Satar (hmm teringat pulak Marami@Mariami, macam mana sekarang ek?) yang dahulu merupakan antara runner-up OIAM. dan sebelum tu, jo ada terpandang Metro di tepi jalan tentang aktres Diana Danelle yang turut menerima penangguhan dari MLKN. lagi hebat bila tajuk liputan tu yang sangat tajam jo kira berbunyi " MLKN tunduk pada Diana", lebih kurang begitu.

jo akui, dari banyak kejadian tentang PLKN ni, banyak kali dilihat betapa tidak tegasnya program itu dalam mewajibkan penyertaan. sampai boleh diminta tangguh. ini seolah-olah kerajaan yang mengambil inisiatif program ini pula yang perlu menyembah-nyembah rakyat dan bukannya rakyat yang telah di'assign'kan itu perlu bekerja keras menuntut tanggungjawabnya sebagai yang berlindung.

inilah sikap Malaysia yang jo kira sebagai agak kronik juga, tidak sanggup berhadapan dengan peraturan dan menjalani disiplin.
apa yang kita kira sebagai kebebasan? hidup dan menjalani semua tanpa perlu difikir akan kesan tindakan kita? dari situlah peraturan itu wujud menjadi perlu

Islam itu agama kebebasan, bukan? tapi adakah kita tidak perlu menyembah-Nya? masih wajib bukan? solat, misalnya bukan satu peraturan? hah, inilah satu contoh mudah memberi definisi kebebasan.

kadang kala terfikir juga, autokrasi ada baiknya. bukan kesan rotan dan tamparan dari ayah yang membentuk masyarakat mulia yang ada pada generasi terdahulu?
bukan untuk menyatakan orang baik tidak ada pada masa kini, dan tidak boleh dibentuk tanpa kekerasan, namun kealpaan manusia memerlukan suntikan berupa tangan dan sedikit kaki juga selain lisan.
hai, macam mana nak membentuk anak murid esok-esok ni?

Suki, seangkatan dengan Alif, dan juga pernah menangguhkan penyertaannya turut meberi komen menyatakan bahawa program ini bagus untuk semua.

banyak negara menjalankan national service menurut acuan sendiri. ada yang menjalankan pada warganegara lelaki sahaja dan ada yang mengenakan pada tahap yang agak lewat umurnya, dan ada yang tempoh latihan sampai bertahun.

apa pun, setiap rakyat negara tersebut dilihat mengambil berat akan peranan mereka sebagai rakyat dan, lebih lagi, mereka yang akan mengosongkan jadual hidup mereka untuk tempoh tersebut, dan pabila tiba waktu mereka berkhidmat, mereka berkhidmat dan meninggalkan segala yang menjejas tumpuan nasional mereka, suka atau benci!
tapi mengapa tidak Malaysia begitu?

PLKN menerima banyak feedback dari rakyat usai tahun dan musim pengambilannya. jo teringat seorang rakan yang jo temui, pada awalnya dan dari kecilnya juga dia tak pernah bertudung, tetapi akhirnya, mungkin faktor dari rakan yang dilewati 3 bulan di kem, dia akhirnya bertudung sekitar bulan 2 (pada waktu itu). malah, lagi ramai lah yang jatuh hati padanya. tidak kurang ada yang langsung tidak pernah solat. maybe inilah yang dicemuh ramai masyarakat. selaran yang mengecam turut terkena lebih lagi bila berbicara soal sosial dan kes-kes kecemasan yang pelbagai, akhirnya bersatu menjadi polemik.

tidak pernah jo rasa bangga menghadirinya, tapi bagi jo di situlah masa untuk kita bermula sebagai "orang". sebelumnya kita ada rakan,dan ibu bapa dan famili memberitahu, tapi bagaimana keadaan apabila kita perlu berfikir sendiri untuk kehidupan. ya, gitulah..

peristiwa kerajaan yang turut berlembut dalam mewajibkannya juga sebenarnya jika diteliti boleh menjadi senjata kepada antinya untuk berperang, lebih lagi kalau dari awal golongan ini tidak sehaluan. tidakkah kerajaan melihat?

maaf, bukan jo suka sangat berpolitik tapi kalau tindakan diambil tidak diteliti, lebih lagi dalam kalangan orang yang pandai bermain bahasa, satu perkataan pun boleh dipanjang sampai tak sudah!

berbicara dengan si ombak akan berbalas, berbicara dengan si dungu akan menjadi geram.

2 comments:

kerokimi said...

salam jo..
selamat tahun baru hijrah n masihi..
doa ke sedare2 kite kat palestin nung..

areistida89 said...

insyallah,sentiasa selalu
dan terima kasih lawaot blog j