Sunday, December 28, 2008

ha, lain kali datang lagi

tidak salah kita sebagai manusia mesti mahukan yang tak membebankan kita, lebih-lebih lagi setelah selama temp0h yang panjang sering diduga uji untuk mengerah kudrat sekuat daya.


mesti kita tak mahu, jika waktu untuk kita berehat hendaknya, terganggu gugat, dan kita lebih teruk hanya boleh menerima saja, tanpa boleh paling tidak mempertikai dan menyangkal, kita jadi geram

selama beberapa hari ni, jo rasakan betapa Allah telah memberi kemudahan yang amat,

hari sebelum abang tiba bersama familinya( ipar dan mentua, serta ada juga anak-beranak angkat), ada banyak perkara yang jo dan famili lalui
persiapan dan kecemasan seumpamanya

beberapa kali jo, KakMa,Kaksya dan adik-adik keluar ke bandar untuk membeli barang persiapan untuk majlis sambut menantu,
ingin mengundang kawan-kawan, tapi takut dan risau, kerana bajet hanya sedikit cuma,
kakak ada menjemput rakan mereka tapi hanya seorang dua saja, itupun yang sangat sangat terdekat
maaf sekali lagi

Kakma juga akhirnya nekad menggunakan wang yang ayah tinggalkan untuk membeli satu mesin jahit baru, setelah abang telah 'membawa lari' mesin jahit yang sedia ada ke rumah di Sepang,
dan yang baru merupakan jenama untuk kilang-kilang jahitan kata Kakma, harga pun cantik jugak, hmm..sampai bergegar jugak lantai rumah kayu jati kita, ya?

kain ada bermeter-meter juga yang kami pilih untuk latar tempat ipar kami, Kak Zila di ruang bertemu menantu, Tok Jarah akan temankan akak di situ, jadi ada juga bantal besar untuk buat menyandar ditambah tempat duduk dari kusyen lama dan dibalut baju baru,
Che De Za dan Mak Cik Yah pun puji kagum, "hah tu macam kedai dah tu.." begitu gaya 'mentor' memuji

kerusi-kerusi PakMan dan Sepu tolong jo pergi ambil dari balai raya bercampur dua meja lipat yang panjang, angkut guna 4WDnya sampai semua orang di kedai kopi bertumpu pada PakMan yang duduk di belakang menjaga semua alt-alat itu

jo dan adik-beradik juga ada basuh ruang beranda depan dan garaj untuk dijadikan ruang menjamu, juga gonyoh dinding yang berlumut sampai puas hati

bilik depan rumah untuk famili abang, dan bilik kosong ada 2-3 untuk famili angkat dia di rumah Toki, jadi semua dikemas dan dipasang cadar selain bantal disedia bersama selimutnya

tengah hari Khamis 4 buah 'konvoi' kereta datang dan semua terpaksa parking kereta merata-rata di laman rumah,
sebabnya? mana cukup dah garaj sudah penuh
mereka sampai, kami jamu dengan nasi dagang dan laksam kuah lemak
selesai, mereka masuk sendiri ke bilik masing-masing dan syukur kesemua tujuh belas tetamu kecil dan besar, tua dan muda semuanya selesa dan suka
letih perjalanan lama, mereka sudah terlelap petang itu sampai pukul berapa pun tak tahu,
tapi sudah ada Pak Aji dan beberapa dari famili angkat abang tu pergi ke Masjid Terapung ditunjuk jalan oleh PakMan
kata Cik Yah, Pak Man disuruh pandu arah sebab, Pak Aji menurutnya ada kawan lama dekat kawasan sana dan kebetulan orangnya ialah kenalan Pak Man

malam itu, kami sudah bersedia membersih sikit-sikit, dan meletak terus bakul berisi cenderamata dan gegula di ruang tamu supaya senang untuk dihulur terus pada tetamu yang hadir

tetamu yang hadir tak ramai, dalam kurang dari 100 orang saja
mak sudah pesan hari itu, kita cuma panggil anak-beranak dan saudara terdekat saja, rumah sekeliling pun tidak sangat dihebah
lagipun syukur juga dalam hati, kerana memang jo dan adik beradik takut juga kalau-kalau makanan tidak cukup kerana tetamu yang ramai datang
tapi pelik juga, orang yang datang tak ramai, tapi ayam goreng habis licin siap terpaksa keluarkan stok dari peti ais
lagi pelik, ayam habis, tapi kuah dalca tak pulak...hmm

planning yang paling menarik ialah penggunaan pinggang dan cawan kertas supaya tak perlu kita nak basuh banyak-banyak..tersenyum sendiri juga terigat kemalasan jo dan adik beradik,
tapi tetap kena bergerak cergas juga men'top up' lauk dan minuman yang habis,
jo yang banyak bergerak ke hulu hilir akhirnya ditegur nakal ringan oleh Abang Yo yang jo kira sudah cukup mewakili Ayah Long sekeluarga " Hai, kurus jugaklah jo lepas ni"
isteri dia yang sudah tak lama lagi berakhir menanti zuriat kedua , Kak Bie pun sempat canda-canda " yalah, baru saja nak tambah berat..untunglah jo gini"

yang terakhir hadir ialah Ayah Chik bersama MakCik Dah dengan 2 anak bongsu, dan selepas itu, kami sudah berkemas dan basuh semula bekas-bekas yang telah diguna termasuk membersih tempat menjamu yang sedikit saja terjejas
famili abang pun nampaknya puas hati dengan perjalanan majlis, cuma Kak Zila paling kasihan sebab tidak terbiasa adat menghulur duit yang membuatnya segan dan dia sendiri masih belum hilang letih perjalanan jauh dari Sepang ke sini, yang dia juga khabarnya sudah membawa orang baru menurut Kaksya dan Kakma

Sabtu itu, kami bawa mereka serombongan melawat bandaraya persisir air, termasuk TTI sebelum abang membawa mereka shopping di pasar payang,
kata abang dari TTI lagi semuanya jadi kelabu mata nak membeli belah, di pasar itu lagilah tak boleh berhenti..yalah, bukan senang datang menyeberang dan jumpa banyak barang yang menjadi trademark negeri penyu ni
mereka berjalan sampai malam, jo dan adik beradik biarkan saja abang bawa mereka ke mana-mana

pagi tadi, dalam pukul 6.30 lebih semuanya bertolak ke Sepang, esok Mama(mak long) mahu juga buat jamuan di rumahnya di Bangi, untuk kenalkan juga famili sanak saudara yang ada disana dan tidak dapat hadir majlis di sini kepada si menantu keluarga yang baru
jo dan abang Mi keluar dari bilik dengan banyak tahi mata keluar bersalaman
meriah sekali jadinya semuanya bersalaman dan saling mengucap terima kasih

terima kasih semua sekali, Tok, Toki yang banyak bersusah payah, Cik Ngah yang sudi masakkan nasi beriani untuk kali ini dan hari jamuan sebelum Mak Ayah bertolak,
PakMan dan Cik Yah, Sepu yang banyak tolong mengangkut,Che De Za pun sama
tetamu yang datang sama jugak
kami sangat berterima kasih besar kesyukurannya kerana segalanya memang smooth dan semua itu terjadi kerana pertolongan anda
akhirnya dapur tutup dengan aman tenteram hihi...hell's kitchen's closed now!



petang tadi, sempat dalam hati jo terkata, bertuah jugak abang dapat famili sederhana serba serbi tapi masih happy, bahagia dan sentiasa meriah

2 comments:

kerokimi said...

salam jo..

sori la terpaksa komen sini..
haha

Selamat Tahun Baru Hijriah n Masihi jugak..

areistida89 said...

ok selamat tahun baru

me sih melawat