Wednesday, January 28, 2009

berbeza..kita memang tak serupa

jo balik dari kenduri tahlil dalam pukul 10 tadi, jalan kaki dengan Ayah sambil memakan limau dan berbual kosong

banyak sekali cerita kematian yang berlaku cuti kali ni, dan yang terdekat ialah Tok Long yang duduk selang dua atau tiga pelaungan dari rumah jo, selepas habis tanah kebun Toki yang agak sederhana belakang rumah.
Arwah ialah bekas ketua kampung dan masa sekolah dulu ada jugak jo mari berkunjung ke rumah Arwah untuk menziarah, mintak tandatangan pengesahan dan macam-macam selain bertukar kiriman hidangan dari Tok, misalnya.

selain tu, Ayah bagitau ayah kepada dua pupu Ayah, yang jo sefamili pertama kali berkunjung Aidilfitri baru ni, turut meninggal dunia.

bila dikelih dalam surat khabar dan televisyen, ada banyak jugak kisah kematian dan yang paling dilaporkan ialah kisah pemergian orang-orang yang agak kenamaan

begitu juga beberapa blog, sama ada rakan atau yang jo saja-saja view, turut me'mention'kan pemergian orang terdekat atau yang diketahui

teringat semasa Form 5 dulu, kawan KakSya yang ayahnya bekerja sebagai pengurus jenazah (macam ayah Uzair) memberitahu,
kini, pada setiap waktu solat 5 kali, paling tidak akan ada satu kematian, itupun sudah terlalu biasa

benarlah kata ramai orang, apabila keadaan sudah bergolak dan bergempa hari demi hari, catatan populasi akan membawa kejutan

dari Kamu kami berasal dan kepada Kamu akan kami 'diasalkan'


cuti kali ini agak happy moodnya bagi jo.

satu, makan satay, hatrik pulak tu! sebab apa?
ha, sebenarnya mak rancang nak jamu abang dan Kak Zila(kak ipar) yang balik cuti CNY baru ni.
hari jumaat yang jo ada di rumah baru ni, sudah ada dua bungkus satay segera dalam peti yang mak beli dari satu area di Chendering yang produk utamanya ialah ayam siap

hari pertama, satay tu digoreng, dan sedapnya memang boleh tahan! tapi peliknya nasi kapit(himpit) ada, tapi kuah kacangnya kat mana?
rupanya Mak beli pada khamis tu untuk try test dulu,

sabtunya, selepas kenduri di rumah guru besar baru sekolah Mak di Kuala Ibai, terus dia beli 5 bungkus satay tu, berserta kuah kacang yang perlu diperhangat saja. akibat ada lagi satay yang belum habis dari sebelumnya, Mak suruh KakMa goreng habis baki tu, dan makan semua sebelum tinggallah sikit untuk abang dan akak yang sampai malam dalam pukul 10

pagi ahad, abang yang sebenarnya masih letih driving, dan dibantu KakMa yang semangkit (ringkasan 'semangat untuk bangkit') terus menyediakan arang, beberapa ketul bata, dan benda-benda lain
Mak pulak sanggup meredah stor buruk Toki dan terjumpalah jaring yang bersih untuk dijadikan tempat memanggang

hari tu, memang satay bakar menjadi berserta nasi kapit dan kuah kacang menjadi hidangan sarapan, haha pelik jugak rasanya!
tambahan, nasi goreng tawar pun Kaksya sempat jugak masak pagi tu.
dan seingat jo hari tu kecuali makan malam memang satay saja yang jo dan famili makan, fuhh!

isnin teruk sikit. pagi tu, Sepu memang la tolong bakar satay, tapi geram sungguh rasanya, dahla makan satay saja, nasi tak sentuh, apa tak sentuh, yang dibaham pulak ada la hampir separuh dari dua bungkus yang dibakar kali tu. campur PakMan pulak yang sama perut, lagi tinggal sikit je. Mat Din, adik sedara jo(3@4 tahun) lagi dok reti base! lepas nak, nak! lepas nak, nak! hish benci aku

nasib baik sabar
hari selasa pun ada satay lagi tapi kali ni, dek kerana Mak sudah sakit hati dan tak mahu satay untuk famili tak cukup, idea Mak yang sentiasa saja bercambah-cambah lebih lagi keadaan gawat dan otak pun agak 'kureng' skit-akhirnya muncul jua, haha

dan Mak dan Kakma bekerjasamadan berganding bahu kerat tin biskut aneka yang lama separuh macam yang selalu orang buat pada tong besi yang besar tu, dan kerana tin tersebut mudah alih, satay dibakar di tempat yang sangat strategik-sinki dapur.

asap yang keluar dari tingkap pun tidak teruk sebab ada hud dan kipas besr dipasang menghala ke luar tingkap supaya rumah tak jerebu, dan hasilnya sedap dan manis. dan yang penting tiada gangguan!

ya berapa hari tu?4 hari! hatrik terbesar satay..nyam nyam dan direkodkan dalam 79-B Book of Amusing Records, wow! jangan main-main ha..hahak :P


itu cerita makan, ha antara yang best bila naik degree ni, dapat claim duit dari Yayasan Terengganu, dan baru petang tadi jo settlekan semua benda dan dapatlah RM1000-cash!

"nak beli apa yep?" dalam berjalan turun tangga dari tingkat 2 kemudian dari tingkat 1, berfikir-fikir dan berangan.
dan apabila keluar saja dari pintu, ternampak kertas pink di wiper kereta yang jo parking hampir setentang pintu tu, dan hampir saja geramnya mendidih
bukan tadi jo dah letak ke?..alah, dua posen tak cukup rupanya. yalah, bukan sekejap tunggu proses ambik duit tu, kena tunggu kupon lagi, aiiii...

baru je masuk dah nak kena keluar balik duit dari poket. masa ni jo teringat pesan KakMa, kalau kita cuba lari dari satu nasib yang kurang baik, dan kita berjaya dengan cara yang kurang betul, akhirnya akan ada satu masa kita terlepas sesuatu yang kita inginkan.
jadi, jo redha kalau kena bayar pun okay saja, jo redha dan bertawakal

kata Faisal Tehrani dalam Tunggu Teduh Dulu, rasa keterikatan dan kemahuan untuk memiliki hanya akan membuat kita menderita, sebaliknya menerima dengan hati terbuka pasti akan membawa bahagia.

baiklah, jo terima. tapi, tadi sebelum pergi tahlil sama-sama jo tunjukkan pada PakShid pasal saman tu. Oh God, syukur dan rasa memang ALLAH betul menguji ilmu dan kesabaran serta mesti Dia mahu jo buktikan sejauh mana jo sanggup bertawakkal. sebab, Dia balas dalam masa singkat untuk menyenangkan hati jo. Semudah itu.

PakShid kata kena bayar RM10 saja walau situ tercatat RM40, maklum la 'orang dalam'. bestnya, dan yang paling best, bila PakShid kata "biar ah, PakShid handle, biar PakShid belanja"
uihh, terima kasih! jimat duit untuk top up, kik kik
masa ni betul-betul happy dan serasa nak 'cheer'kan tepuk terima kasih pada PakShid.

terima kasih, thank u, nan dre, xie xie, syukran, arigato gozaimasu!

dalam suka ada berduka, dalam duka ingatlah itu tandanya ada hikmah di sebaliknya

p/s: 79-B gone wild these days..

No comments: