Wednesday, January 21, 2009

aku...khayal manisnya

minggu yang baru bermula kali ni penuh dengan pelbagai cerita yang jo kira menjadi bualan orang dan bukan perkara luarbiasa lagi

1. pilihanraya P036--kisah yang menyaksikan bagaimana suara rakyat disuarakan kepada kerajaan menjadi hits sekali lagi, dan pantas pada masa berlalu turut membentuk sikap masyarakat positif dan tidak kurang negatif

positifnya, apabila rakyat semakin sedar nilai demokrasi dan pengertian sebenarnya, malah sudah memberi impak besar kepada rakyat yang dahulunya hanya mendengar tapi sebaliknya semakin lama sudah belajar memahami agenda demi agenda, lebih-lebih lagi sebelum berkata dan berbuat tindakan.
ini sesuatu yang amat membanggakan.

negatifnya, masih sama seperti dahulu, kekotoran politik masih merencah. dan pencemaran tersebut jarang sekali, atau dalam kadar satu perseratus, akhirnya tidak merendahkan nilai diri penyokong terutamanya. maaf, bukan untuk menyelar, tapi kerana mahu menang masih ada pihak yang matlamatnya menghalalkan cara.

jo terkilan apabila medan mendapat pengajaran mingguan, bertukar menjadi medan politik seminggu sebelum tarikh pengundian.

seolah tidak sedar, tindakan itu sebenarnya sudah memecahbelahkan masyarakat. mungkin belum cukup berfikir panjang

betul kata Che Det, menang pun tak mengapa kalah pun sama. tapi mungkin ada pihak tercalar, tapi bagi yang satu lagi pihak, harap mereka faham, rakyat sebenarnya punya pilihan yang singkat. padan muka juga kerana tidak berusaha memahami rakyat dan keputusannya menjadi hukuman, yang mungkin masih ringan saja sebenarnya bagi segelintir.

hebatnya P036 ialah pengundinya suka treat with trick. atas pagar itu bukan sahaja yang selama ini warna putih tetapi jika dilihat yang sudah lama berwarna pun mampu bertukar di 'kotak' tersebut.

teringat kata KakMa "kalu bertukar warna gini ada faedahnya, sebab pihak yang cuba memilik akan berusaha dengan pembangunan dan janji yang hebat2 dan apabila memilik, dia mesti akan cuba buat yang terbaik untuk kekal terus. akhirnya tiada pihak menjadi sambil lewa. buktinya, tengok saja 'teganu' dulu dan sekarang"
yes, that's rite

2. cerita terunggul yang mengetepikan perbezaan masyarakat turut terhangat kali ini. apa dia?
AJL lah..tengok saja, walaupun meminati dan menyokong artis berbeza tetap juga mereka berkongsi tv. jangan kata di hostel saja di rumah yang selama ini berebut, akhirnya duduk memamah popcorn atau sebarang snake bersama.

cuma malangnya, tentulah semua itu sekularistik.

kalau ditanya jo, memang ini antara program kegemaran sejak lama sudah. hendak lagi malam baru ini, artis favorite buat persembahan tema.fuhhh..dashyat!!
memang keputusannya juga jo rasa adalah kepada yang berhak.
tapi, belum tahu lagi kalu lepas ini masih ada peluang tengok cerita-cerita best mahupun enjoy masa free yang ada.

hingga ke masa entry ini, masih ada pelajar bermerdu suara bersiul dan cuba menyanyi lagu yang menonjol malam itu. lagu dari persembahan sampingan turut dijadikan pilihan. yeah!! cayalah Jac!

belum berhenti pasal hiburan, album baru dari Siti Nurhaliza turut diperbualkan, dikata sebagai album yang hanya 'beberapa' bintang sahaja layaknya. tak tahu, tapi Jelmakanlah Ayumu yang agak jo sukalah.

3. kisah pemergian Allahyarham Dato' Razali Ismail juga masih belum putus-putus diperkatakan. dari paparan majalah akhbar dan pelbagai media, malah turut menjadi modal dalam syarahan lecturer.

Semuga dirimu sentiasa dilimpahi rahmat di sisi Allah.

4. pelajar-pelajar bukan setakat di institut, malah di universiti berlainan serta pelajar sekolah juga bercerita tentang kesudahan mereka yang terpaksa balik lewat ke rumah sempena cuti Tahun Baru Cina kali ini. justeru, ada yang melupakan saja hasrat balik kampung.

kasihan, dihimpit masalah harga perkhidmatan yang tidak jatuh, yang kononnya dijadikan alasan pihak berniaga wang tersebut adalah untuk penyelenggaraan. logik ka?hish..

terpaksa berebut, ada akhirnya mati andar.

~kesibukan berkuliah sudah mula menyengat sedikit-sedikit, dan harapnya tidaklah membuat jo tension sangat.takut tetap ada, malah kali ini, kerja tangan dan kaki adalah lebih utama dan banyak berbanding hanya menggunakan otak untuk studi ketika pra dulu.



harapnya keinginan menjadi 'guru buku' tidak terlelap di tengah jalan.

...akhirnya orang yang bertepuk tangan juga yang seolah menang walaupun pada hakikatnya mereka tidak menggerakkan. Lia, kau usah berdiri atas tangisan orang lain!

2 comments:

irsyad said...

patut la xdk komen ak sblum ni kat ni..
ak clap komen kat blog jiji..haha

areistida89 said...

mu komen nde syad?