Wednesday, January 14, 2009

mr.sponge says: i'm ready, i'm ready

degree akan menampilkan banyak sekali kerja dan kesibukan, tu la yang banyak senior2 katakan selama ni masa masih dalam foundation

ya, sekejap saja sudah berakhir zaman bermain dan sekarang sudah memakai nama baru

kisah berkawan, ada yang sudah hilang dan ada juga dihadiri orang baru

jo agak tersentuh dengan kehilangan Kak Fifa, yang sampai satu maktab menyebut tentang beliau dan bertanya
anyway, kelibat akak tetap jugak dirindu khususnya seunit sains tentunya, dan semuga akak mendapat yang terbaik dalam hidup insyallah

dua ahli baru seunit kedua-duanya 'orang penyu'-besut dan sungai derhaka, terengganu
datang dari program pelajar cemerlang PPC, mesti mencabar gila berhadapan dengan dua orang ni selepas ni, dah la lagi tua dari kita

KPLi pulak banyak sekali yang datang, dengar kata bilangan cikgu negara sudah berlebih tapi sebab apa ambik banyak-banyak lagi?
sampai kena menceruk dalam bilik
jo memang tak kisah, bukan jo tak pernah berpengalaman tidur bersempit-sempit, tapi mesti la jo kesian tengok abang-abang tu kena tidur atasl tilam antara katil jo dan roomate jo
dahla tu, macam dah tua 30-an agaknya, lagi kut sudah kahwin pun, kena tidur lagu tu, risau sakit tubuh
minggu orientasi ni pulak, fasilitator memang hobi diorang pun gesa menggesa, bukannya dia faham perasaan kita
fuh...

IPKT bakal berubah nama, lusa akan dirasmikan oleh TPM Malaysia, yang tidak dapat tidak menimbulkan ragam bersuara yang senyap mahupun bising "ni kes kempen la ni'
bersempena Allahyarham Dato Hj Razali Ismail, sanjungan ramai orang khususnya dunia pendidikan

lecturer baru pun ada, yang bertukar dan meningkat pangkat pun ada
hanya kerana Najib nak mari, semua projek di maktab( kecuali wireless di hostel) siap cepat-cafe, dewan dan banyak la
pintu gerbang pun sedia menyambut tetamu

pelajar pulak seolah makin kaya, tengok saja pada lagak suka membeli benda baru dan keluar outing hampir setiap masa
ekonomi makin jatuh
jo pun ada terliur jugak
paling ketara, bilangan pelajar membawa kereta meningkat mendadak, sampai parking yang dulu agak lengang sudah jadi penuh dan kalau terlambat parking, dapat la berjemur straight dengan cahaya matahari

takut jugak menempuh dunia baru, dengan tak tahu apa yang bakal jo temui, dan rasai
especially bila melibatkan teknikal seperti PBS
takut tapi kena sedia

hmmm..mendengus berat

No comments: