Monday, January 5, 2009

semalam di....


hari rabu kalau tak silapnya hamdi tanya jo kenal ke rumah ustazah hamidah? mesti jo tak kenal,
kata dia, nak melawat dan jumpa ustazah sebelum berlepas ke 'sana'

jadi jo terus cadangkan kita pergi sekolah lah, bolehlah jumpa dengan semua cikgu SHAMS,
hamdi setuju dan katanya nak pergi dengan jo sekali sebab tiada kenderaan.

lepas 2-3 kali berbincang kata putus menetapkan isnin harinya untuk pergi ke sekolah. dan kami bertolak pukul 9 lebih

melewati jalan bukit bayas dan tembus di jalan ke SMK Panji Alam, dan mula sampai di sekolah ada rasa berdebar tapi fikir kepingin yang lama tertaruh dalam hati mesti- dijumpa juga!
mana boleh nak patah balik pulak?

hasratnya memang nak jumpa sesetengah cikgu saja cukuplah, lagipun berfikir cikgu-cikgu mesti sibuk dengan bermacam kerja awal tahun,
jo n hamdi faham dan rasanya boleh agak sebab mak kami memang cikgu
tapi agaknya lama jugak jo dan hamdi terlekat di sekolah

dari blok terbelakang dan sempat juga menyinggah di bilik seni visual, yang jo kira agak meriah berbanding masa tahun jo tinggalkan sekolah yang berterabur
teringat jugak arwah Cg Rofi yang bagi jo peluang ambik subjek SV masa SPM, harap cikgu tenang selalu

kemudian kelibat guru pertama ialah Cg Abdullah Zawawi yang still mantain macam dulu, tapi tak sempat bertegur lama, kami biar dia berlalu kerana nampak macam busy saja
lekas ternampak lagi Ustz Maznah dan Cg Mardziah serta cikgu yang biasanya ajar pelajar Form6(sakit sungguh, macam mana boleh lupa nama)
nampaknya setelah suami bersara, Cg Mardziah kembali ke Terengganu, lebih lagi ke SHAMS semula, bagus la..

berjalan di susur gajah ternampak tampang Cg Mardahana yang bila didekati terus berkata " memang saya kenal tapi tak ingat nama, siapa ek?'
sempat juga bercanda senda dengan beliau dan berterima kasih atas pengalaman di PUM dulu, dan katanya kelab memanah sekolah semakin aktif sekarang dengan kombinasi beliau dan Cg Raja Twist-Cg Wan Hamid

jangan marah ha, ni jo saja bagi gelaran sebab dulu kalau dia nak suruh kita belajar rajin-rajin, dia mesti twist ayat menjadi,"kalau balik selepas mandi, badan terasa segar, duduk pulak berhampiran katil, baik kita berehat, tidur dan bangun lah selepas asar.." dan macam-macam lagilah, tapi sebenarnya maksudnya jangan tidur bila balik rumah, ulangkaji dulu dan sebagainya.

ha, dan jangan lupa SHAMS merupakan sekolah kluster dalam memanah bagi kokurikulum ya..

naik ke bilik guru dan dalam perjalanan, nampaknya sesi P&P sudah bermula di banyak kelas, maklum saja KLUSTER

dalam teragak mahu masuk ke dalam bilik guru, Ust Aziz yang masih belum menurun popularitinya muncul keluar dari bilik kecil sebelahnya, dan juga tidak bertegur lama, katanya mahu ke pejabat dalam kami bersalaman
jadi kami masuk ke dalam

ada Ust Mat Harun, Ust Bakar@Burn dan Ust Nazri sedang asyik update antivirus, di dua sudut ada dua cikgu baru yang malas jo nak tegur sebab tak kenal, buat donno je le..
kami sempat bergurau kecil bersama mereka

kemudian terus ke bilik yang agaknya ketiga hujung dan bila dibaca pada label di pintu yang Cg Aminah menghuni bilik tu, terus diketuk dan diberi salam untuk masuk

tapi beliau tiada, jadi berboraklah dulu dengan Cg Suzi dan yang ada dalam tu termasuk Cg Hayati (kesayangan Pizi) dan Cg Mardziah yang kami jumpa di jalan tadi
beberapa minit Cg Zainomal pula masuk dengan selamba berseloroh bila jo tanya khabar "saya baik, makin gemuk sekarang ni"
dan habis kami sebilik ketawa, dan lagilah gamat bila dia memecah rahsia yang Cg Suzi sudah berkahwin baru-baru ini, alhamdulillah dahla dulu dapat kereta baru ye?..hihi

kami keluar selepas 15minit juga dalam bilik tu, dengan macam-macam ragam cikgu yang meriakan, dan dari jauh Cg Rahimah kelihatan baru pulang dari kelas
apa lagi, bersembang di depan pintu tu jugak sampai semua yang ada di koridor memerhati kami yang terselang kadangnya dengan gelak menyeringai
bertanya khabar dan bermohon maaf kami minta halal ilmu semuanya

kemudian kami ke sebuah bilik guru dan ada Ustz Suriati dan ramai lagi sedang sibuk dengan laptopnya
Hamdi yang dari tadi perasan yang cikgu-cikgu semuanya sedang bekerja keras dengan laptop menegur "bagusnya sekarang semua cikgu pakai laptop"

rupanya kalau nak tahu, ha, semenjak mendapat nama KLUSTER, rancangan pengajaran harian atau LP, dan juga rekod pengajaran dicatat secara soft copy ya, kelas gitu
tak main la tulis-tulis sekarang, (dalam hati cakap, asalkan tak sakit hati sudah)
kata Ustz, kalau saya sudah begini nanti esok awak semua lagi canggih-canggih

terjumpa jugak Amir yang sudah tamam hafazannya 30 juz, dalam hati jo "jelesnya"

ada juga si Cg Man yang dalam perjalanan ke kantin ni, tapi nampak jo dan hamdi terintai-intai di makmal terus dia panggil dari jauh sampai semua pelajar di tempat menelefon bawah tangga pun tercari-cari siapa yang dia panggil
seperti biasa bersemangat saja cara dia bercakap dan bertanya khabar sehinggalah bila kami mintak diri, dia kata "ha, ok lain kali jumpa lagi, sekarang saya lapar, belum minum air lagi dari pagi" sambil mengangkat seluarnya ke atas pusat
tergelak jugak jo dan hamdi melihat gelagat dia

ada juga terjumpa Ustz Fauziah yang Amir sempat ajuk dia punya tagline "ddiri atah kussi!!!(berdiri atas kerusi)" yang biasa dilontar dengan suara sharp
Amir dan beliau bersembang tentang tulisan buruk Amir ketika STAM yang katanya tak sesuai langsung nak ke Mesir kalu lagu tu

jo dan hamdi cempera lagi ke blok baru hampir di dewan terbuka dan kelihatan bilik disiplin yang ketuanya Ustz Rokiah Ibrahim menempati bilik kaunseling lama, dan bilik kauseling baru dibuka berhampiran bilik kooperasi terbiar

di dewan terbuka ada pelajar Ting4 sedang berorientasi, juga dilihat Cg Norliyana bersuara merdu dan sentiasa selamba orangnya sedang berbicara dengan serang pelajar di sisi tiang
jo tak mahu menegur dan terus jo ajak hamdi ke lain, sebelum berpisah dengan Amir yang katanya nak berjalan-jalan

hamdi sempat pula mencelah gembira bila terlihat mural tulisan khat di dewan tu masih kekal cantik dan tidak terjejas langsung
terus jo bersuara "biasa la, tengok sape buat kan?"
lain kali boleh buat lagi ek? jangan lupa kita ajak Sheikh Azri..hehe

bertanya beberapa junior katanya Cg Aminah mungkin di dewan besar untuk orientasi pelajar baru, kami terus ke sana.

bila tiba kami sempat bertegur Cg Bi@Rubiah dan Cg Fadariah selepas menegur mak cik yang sudah lama bekerja di SHAMS yang jo kira antara mak cik yang favorite selain mak cik Kajol(hanya gelaran rakan-rakan)

Cg Aminah tiada di situ, dan kami berborak dengan mak cik tu agak lama
katanya dia ingat jo dan hamdi cuma memang tak tahu nama,membuat jo teringat yang kalau jo bosan dan kadang-kadang dalam masa menolong kawan-kawan membuat persiapan di dewan, memang seronok juga bersembang dengan makcik yang penuh cerita dan pengalaman

kami masuk dipelawa Cg Bi selepas pelajar lelaki meninggalkan dewan ke surau kerana ada program khas muslimat di situ. Ustz Rokiah atau Ummi Ki dan Cg Fadariah sempat jugak mengusik jo yang katanya macam dah kahwin. ada ke?ish
ketika Ustz sedang berceramah di depan pelajar pun sempat lagi jo terkena dengannya

lama jugak di dewan kami bergegas ke bilik guru semula selepas Cg Aminah call jo tadi katanya dia ada bilik sampai 12.40
sebelum itu jo call dia tapi tidak berjawab,rupanya dia ke hospital dari tadi dan patutlah jo dan hamdi tak jumpa

dalam perjalanan sempat juga bertegur Ustz Hamidah yang sedang sibuk mari kemari

'babak' bersama Cg Aminah sangat lama tapi lega jugak, rindu jo pada Cg terlepas sudah,
yalah, sebelum ni beberapa kali jo berkunjung mencari Cg tapi adanya cikgu sudah mahu pulang, belum dikira masa Cg tiada di biliknya

ha, apa lagi, sampai serak habis tekak ni rasanya bergelak ketawa dalam bilik guru tu,
Cg yang di samping jo berdua, habis menjadi tumpuan sebab ketawa terlalu kuat siap Ustz Hamidah yang lalu katanya hendak ke kelas, sempat menyelak daun pintu dan menegur "hai, rancak bercakap"

macam-macam bicara canda kami bertiga dan sehingga seorang cikgu yang duduk berhampiran meja Cg, kalau tak silap beliau hadir pada Jun tahun SPM 06 juga sempat menggantikan Cg Tuan Sakinah sekejap sebelum cuti bersalin beberapa bulan, habis disakat dalam gurauan Cg
kata Cg, cikgu tu satu dalam sejuta sebab boleh mengajar Add Math dan BM dan mungkin kerana otaknya yang kedua-dua belahnya boleh pakai, dan malu-malu sekejap cikgu tadi disakat kami

kata Cg, Cg sihat walafiat dua tahun ni, dan alhamdulillah tak lagi memikul beban yang terlalu berat.
sekarang Cg digelar sebagai cikgu bangunan, dan bertanggungjawab terhadap pemulihan dan konstruksi bangunan SHAMS,
ha, kalau sesiapa yang dah lama tak ke SHAMS mesti kagum tengok bilik guru sudah berganti tingkap jenis baru menggantikan tingkap nako serta gelap cerminnya seperti bilik berautoriti dan berprivasi tinggi,

air-cond pulak kalau bertahan 2-3 jam dalamnya boleh jadi beku.bilik guru jugak bertambah bilik dengan pertambahan guru
tahun 2008 saja, ada 17 guru baru dan terbaru 2009 bertambah lagi 3 untuk setakat ini, mungkin untuk memenuhi kuota guru dan pelajar bagi sekolah kelas kluster

cikgu jugak jo dan hamdi lihat, sudah semakin berseri dan nampak sentiasa gembira yang jo dengar kata, mendapat cucu perempuan berumur sudah 16 hari( hingga hari melawat) dan sebenarnya Cg ke hospital tadi kerana urusan anaknya yang bersalin
bolehlah jadi waris Cg lepas ni
siap Cg Bi yang rapat berteman Cg kirim salam lagi dari dewan tadi katanya "mentang-mentang ada orang baru, sombong saja dengan kita sekarang"

setiap kali mahu berhenti meminta diri, ada lagi jenaka Cg sampai kami tak jadi bangun, sehinggalah sudah pukul 12.30 agaknya kami betul-betul beredar dari bilik itu memohon maaf dan restu halal ilmu dan tunjuk ajar, serta berterima kasih banyak atas segalanya

kata Cg, ada 3 kategori yang Cg ingat sampai bila dalam kalangan pelajar-pelajar.
pertama, yang pandai rajin belajar dan top-top; kedua, yang baik dan aktif seperti pengawas dan yang ketiga, mungkin pelajar-pelajar yang agak kurang dalam pelajaran tapi mestilah di tangga yang sangat kurang( yang langsung tercorot la tu)

jadi jo tanya, "ai, jo duk kat mana cikgu? mesti ketiga ni" saja mengenakan Cg, dan jo tahu hamdi mesti dalam kategori pertama

"eh, awak ni special case, awak dengan Pizi, saya ingat awak bukan sebab awak pelajar saya, tapi sebab saya kan train (debat) awak dulu untuk sekolah..jadi kita lain sikit hubungan, lagi rapat dengan saya"
sambil senyum mengupas
dalam hati, Alhamdulillah, terima kasih Cg, dan saya tak lupa doa untuk Cg sokmo, Insyallah

dalam perjalanan ke tangga pejabat, kami melalui 5A5 dan kami mengganggu melambai Cg Rahimah dari tingkap yang sedang bercakap dengan pelajar, dan spontan beliau membuat aksi nakalnya dengan pembaris meter di tangan, dan lawatan kami berakhir dengan cuitan beliau

bila lama tak bertemu timbul kepingin dan sesekali rindu sungguh untuk mengulang belajar di sini kembali walaupun tahu tak akan berlaku, terutamanya rindu akan Bahasa Arab yang ditutur fasih tak fasih bersama guru dan rakan sesetengahnya, terutama bila bersama Ustz 'Aribah dan Ustz Hamidah



bertukar dan berubah pun tetap tempat jatuh bangun jo belajar menjadi orang

turun naik mu SHAMS akan selalu bersama juga, Insyallah