Thursday, February 12, 2009

change

oh yeah saya gumbira!!

sebelum diceritakan apa-apa, ada satu kisah yang agak menariklah untuk diperkatakan (cewah)

okay, ada seorang budak ni, dari kecil dia tak tahu yang dirinya akan menjadi lain dari apa yang diimpikan,kata orang kita merancang tapi yang menentukan tetap Dia.

semasa dia kecik, memang dia kurang memberi perhatian terhadap satu alat teknologi iaitu KAMERA
lagipun permainan seperti 'tang kejar', 'tang buaya' dan 'tang polis' misalnya lebih banyak memberi kepuasan berbanding 'bermain' dengan alat tu
kalau ada pun permainan yang lagi berteknologi dan agak tinggi ketika kecik, must be brick games dan video games

itu pun no way lah kalu ada kat rumah, sebab mak ayah agak berjimat cermat dan tahu kalu beli mesti anak-anaknya takkan belajar punya
jadi kalu nak sangat main, pandai-pandai lah buat baik dengan jiran yang agak berada depan rumahnya
mainlah sampai petang

so, when it came to primary schoolhood, budak ni dah jadi camera-shy kid. dia agak susah untuk pose depan kamera
satu faktor, takut gambar yang dicuci( mengguna kodak ketika tu) akan jadi blur, shake dan mungkin red eye sekali

kedua, budak ni agak rendah diri dalam penampilan diri, dia tak rasa dia ni hensem ke comel ke, tambah dengan dirinya yang bercampur dengan rakan dari latar yang agak hebat semuanya

ketiga, budak ni jugak takut seandainya dalam tengah berposing ramai-ramai, nanti ada yang akan kata " ha, mu pulak ambik gambar"
dia takut untuk guna kamera walaupun caranya simple sempoi saja sebenarnya, kerana takut gambar yang dia ambik akan mengalami macam-macam efect yang telah disebut tadi
plus, kalu kamera orang tu rosak sebab dia, macam mana? huii...

hal dan karakter serta perspektif ni agak berlanjutan hingga ke sekolah menengah
kecuali pada satu event di sekolah iaitu merentas desa yang budak ini menjadi pembantu kepada cameraman sekolah
dia menggunakan kamera digital sementara rakannya tadi menggunakan video cam( agaknya)
walaupun terkesan kerana gambar-gambar yang diambilnya mendapat pujian, tapi dia still kurang kepercayaan pada diri apabila berkaitan kamera

di PLKN dia terdedah dengan rakan yang suka bergambar, dan jadinya walaupun agak malu, dan kurang yakin lagi, dia elakkan rasa camera-shy tu, dan seingatnya, dia berjaya bukan sahaja untuk digambar malah ntuk menggambar..banyak pulak tu

dan apabila dah sambung belajar, dia terpengaruh dengan kamera kakak dan abangnya yang kadang kala dia test untuk ambik gambar dan hasilnya, sangat mengembirakan
dia dah start main dengan angle yang berbeza, dan bila masuk ke bahagian effect, dia hasil try and error berjaya mendapatkan gambar yang bagus-bagus

da akhirnya, kelmarin dia sebagai langkah latihan dan maybe sebagai saja-saja nak habiskan duit yang ada dalam bank, dia berserta nasihat yang pakar dari abangnya
akhirnya bertukar kepada camera-addict, tapi masih dalam intermediate punya level

and the first image to be snapped (must be) is...




dan image tersebut bertajuk " wait for me world, cos i'm abotu to getcha snapped!" haha

sempat jugak dia singgah sujud syukur di



ha kepada 'orang-orang' yang dah lama tak jenguk dan balik Ganu, jangan lupa singgah ziarah masjid KUSZA kita ni yek, suasana malamnya macam tema magik AJL gitu..kik kik
kalu nak solat Jumaat pun best, khutbah dia pun best, meriah saja tiap malam sekarang

p/s: ok nak kumpul duit untuk SLR pulak, yuhhu...

2 comments:

irsyad said...

smart mu lenim jo..
hidup!

areistida89 said...

aiyo patut pun byk ngat "tawaran" semenjak dua ni
aku koho smart lenim rupanya

hik3

me sih, me sih(sambil tunduk2 dan tangan ala anggota nasyid)