Tuesday, February 3, 2009

kisah benar..

kisahnya ialah kisah lecturer yang semakin menyampah nak tengok

hish, teringat pulak satu masa dia pernah bagitau, yang dia menyambung kontraknya untuk berkhidmat walaupun ikut asalnya dia sudah kena bersara. katanya, mula-mula memang rasa takboh tapi terasa pulak nak hidupkan Balai Islam (surau) maktab ni, dan katanya jugak seolah belum puas bekerja.

hari demi hari, memanglah menampakkan usaha dan hasil yang agak bagus, dengan bantuan dari lecturer dari JAPIM lagi, seperti Ust Mohd Noor yang kaut bersuara serta Ustaz Ismail. setiap hari bilangan yang ke BI makin bertambah dan kalu pun susut, sikit-sikit je. bila sudah orang tak boh ikut yang paling hebatnya memang dia sanggup treat kita macam budak-budak.
sanggup guna kuasa sebagai warden, untuk kunci pagar asrama dan tak benarkan pelajar balik selagi belum masanya-sudah soalt zuhur berjemaah la!

dibuat pengumuman yang melihatkan dia in charge sepenuhnya untuk perhimpunan pagi setiap hari yang sangat boring. sanggup dia menekan kita berdiri untuk mendengar leterannya kepada kita sedang sampai tak terfikir yang dia sudah melampaui waktu kuliah yang sepatutnya bermula pukul 7.45 biasanya.
eh dok, katany, peringatan tu lagi penting sebab "anda semua yang buat hal, jadi mesti diberi nasihat....lagipun gaji saya bukan bertambah dengan beri nasihat kepada anda semua"
habis buat apa bazirkan masa orang? bukannya kita tak mahu pengajaran, tapi kalau dah over...

dibuatnya rukun ciptaan sendiri bergelar RKA; rukun kurang ajar yang menggariskan pelbagai sikap pelajar yang layak dikategori sebagai kurang ajar. dan kali itu juga digariskan huraian yang sangat panjang dan kepanjangan masanya menyakitkan hati kita.

ingat suka ke datang perhimpunan setiap hari,maktab lain sekali je seminggu wey....
dahlah tu, berdiri, dewan tu hiasan je kut,besar sajja je...

yes untuk membentuk diri kita kena sanggup berhimpun macam gini, dan ada sekolah yang setiap pagi berhimpun, tapi bukan berpuluh minit dan kadang kadang sampai nak habis satu period yang first dalam jadual..
pelajar memang akan kata '" bestnya dakyoh masuk kelas" tapi dalam hati tetap kena ingat kalu kredit hour dok cukup pelajar juga menanggung sakit kepala,
nak ganti la,
nak wak tambahan la

ada satu masa tu, dia kata, hanya orang yang dok berilmu saja yang makan malam pada waktu malam, dok kira lepas maghrib ke isyak, sebab dalam Islam menurut sunnah nabi, memang Baginda amal sebelum maghrib
dalam sains pun amalan ini sudah mendapat hukti yang banyak
tapi saya nak tanya pulak ni encik, kalau kafe sekali serbu dah sampai berapa ribu pelajar dalam maktab ni? tetap kena keluar jugak untuk makan
dan masalahnya, cuba encik bagitau kami sume, mana kedai yang buka lewat petang untuk dinner? cuba bagi nama apa kedai tu?
pasar malam pun buka lewat, kalau pegi pukul 5, nasibnya makan barang mainan budak-budak la jawabnya..'

dan lagi jo sakit hati, dan serius jo tau mesti sume pelajar pun sama dengan jo..mentang-mentang dia ketua jabatan PJ, ada ke patut dia main keluar arahan " bermula hari ini, gym sudah tidak dibenarkan penggunaannya, nak main badminton ke apa ke, nak guna alat senaman dalam tu ke.."
alasan? pelajar tidak tide in baju ketika guna dan bermain dalam gym. such.......!!!
cuba encik bagitau, universiti dan maktab mana, ipt mana, kolej mana yang buat peraturan tu kecuali maktab kita?
dan paling teruk, encik sorang saja yang kami rasa ada idea yang semeriah itu

"Datuk Lee Chong Wei pun Misbun Sidek dok suruh tide in masa berlatih" jerit seorang pelajar senior. ya betul, ke encik nak melahirkan pemain bertaraf cakerawala? huh

dan jo sakit hatinya sebab lepas ni memang payah la can nak kuruskan badan, badminton la yang paling okay untuk jo, nak jogging pun malas, main volley ok, tapi dua court tu asyik ada senior yang terasa diri terror sokmo

banyak lagi kisah 'menyayat hati' tentang dia ini, seorang pensyarah yang sangat disayangi.
bercakap hebat,tapi rasanya yakin untuk dikata, encik dok pernah pikir perasaan dan kedudukan kami pelajar yang terhimpit dengan sikap encik

rasa mahu diluah" encik sarra ar cepak cepak( encik bersara la cepat cepat)"

p/s: orang turun padang mu wak nyusah, kalu orang dok turun, mu kata kita dok panda jaga kesihatan, doh wanne?hiiii

2 comments:

irsyad said...

hoho...sesi luah perasaaan napok~

areistida89 said...

huhu gitu r klu tgh sakit ati

nsb baik ada tmpat online cam gini

('>')