Thursday, March 5, 2009

PRU 12 dan IPGM DRI

................................
............................................
..............................................

baru tadi keputusannya diketahui dan tentu sekali, sebagaimana pencalonan, dikuasai oleh aliran pendidikan islam dan al-Quran

malam hari 'suara pemimpin' selasa lau pun, memperlihatkan betapa kuat sokongan yang diterima oleh calon calon tesebut

mewakili kelas jo, wan dan din, kedua-duanya bersaing dalam pilihan raya kali ni, tapi kalah
kata wan, kalah tipis tu memang sayang gila!

then, rakan sesekolah pun turut bertanding
ha siapa lagi kalau bukan Razif yang memang sudah cukup pop di kampus ni,ha..

memang macam mana pun yang jo tengok calon yang glamour tetap akan menang
malah ada yang jo tengok tak perlu bersusah payah, berkempen dan ada yang sesuka hati saja skip meeting sebelum hari pilihan raya semata-mata kepentingan diri (terutamanya nak ikut kawan-kawan outing) tapi tetap mendapat undi tinggi
dan lagi teruk, disebut-sebut mendapat tempat berjawatan tinggi apabila 'kabinet' baru itu akan dibentuk dalam masa terdekat

faktor kedua yang jo lihat memberi kemenangan ialah KPLi, yang jumlahnya memang separuh dari semua total penuntut di sini
jadi memang kalau hantar 10 calon pun, sure semua dapat tempat
nasib baik hantar 4 saja,hi...

tapi, sebab apa jo kaitkan kes PRU 12 dengan pilihanraya kampus kali ni?sebab apa?

ha, sebab jo tengok hampir semua calon dah la dikuasai oleh PAI, banyak pulak kempen calon terpengaruh dengan ke arah penentangan
boleh kata, ala ala kebangkitan pembangkang la agaknya

sampai ada yang sanggup bergabung dengan beberapa rakan satu batch dan menggunakan istilah berupa "pakatan" dan "barisan" misalnya untuk kerjasama mereka, seperti meyakinkan mereka adalah gerakan reformasi dan sebagainya

malah, menurut sumber(cewah), ada yang bersuara, ex-YDP diminta oleh HEP untuk bertanding sekali lagi, dengar pendapat untuk mengelak kewujudan 'markas' berlaku di kampus ini

macam mana sekalipun tetap jo harap, terutamanya yang berkempen berapi berdegar seanjang minggu, dengan mikrofon kalau boleh nak kena ada spare sepuluh sebab kuatnya duk menjerit dalam dewan malam tu
anda tunaikan dan sentiasa la bermunhasabah apabila memimpin, sebab itulah yang menjadikan anda pemimpin sebenar kerana sanggup merenung balik diri anda

jika bayang di cermin pun takut direnung, maka usahlah menimbang anak di tangan

happy day with happy way, insyallah

di sini beberapa yang empat di snap oleh jo hihi

sampai serabut habis board dekat hostel



sempat jugak ikut wan n tolong tampal poster haha

yeah bersemangat!!



nampaknya sudah ada pengikut iaitu seekor kucing haha
dakpe wan, lain kali ko masuk pilihanraya kucing pulak sure menang


dan ini dia calon dari ex-shams bakal menyelamatkan dunia



macam macam cara berkempen samapai tergantung pun



ya saling tindih menindih



oops warna yang berani?!!

No comments: