Wednesday, May 13, 2009

wek wek wek

kisah benar yang berlaku ni sememangnya menyebabkan kita dalam kalangan rakyat Malaysia jadi terpinggu
tapi ini memang benar

tidak pasti bilakah waktu, tapi datang dari En Marzuki, lecturer yang memang best

begini, di sebuah sekolah teknik di terengganu sendiri tempat terjadinya
tapi, sekali lagi diulang, tidak pasti waktunya

seorang pelajar ini mahir dengan bidang teknik,
yang melibatkan welding dan elektrik ni memangnya pakar,tip top!
memang kalau test praktikal hebatlah markahnya

tapi manusia mudah berkuasa, mudah juga dikuasai....dikuasai jiwa, minda dan hati, dikuasai NAFSU....
niat di hati mahukan wang lebih, tak tahulah apa tujuannya
tapi kalau diperhatikan pelajar sekarang, material akan mendesak mereka membuat apa sahaja bukan?
kawan mungkin berhandphone baru, jadi mesti mahu sama dengannya
rakan mungkin berbaju hebat dan gah, pasti mahu setaranya

jadi dengan tangan dan bakat dikurnia, dia ke bilik pengetua
bilik harta terbanyak, dan pasti yang berharga belaka

apabila disedari esoknya, harta hilang dan terdapat kerosakan, memang dianggap kemasukan pencuri...tapi macam mana pencurinya masuk..sebab?
tidak dapat dikesan bagaimana caranya pencuri itu pecah masuk, dengan semua pagar dan pintu ditinggal dalam keadaan yang selamat dan cermat
tiada kesan!hebat kan?

namun, memang betul kalau tupai terlalu banyak melompat dia akan jatuh keletihan ke tanah......guru kepada guru, alias mahaguru ada untuk menyelesai masalah..
dan pendeknya, guru tersebut berjaya mengesan si dia, dan tertangkap terhukumlah sebagai pesalah

pendidikan menjadikan anda lebih dari pendidik anda, namun mestilah harapannya ke arah yang baik

No comments: