Monday, June 8, 2009

dota dota la



haha..dulu abang dan abang Mi dah install masa dalam tingkatan berapa tak ingat, tapi sekarang sejak beberapa bulan bila jo ada geng yang jo dapati sangat layan game ni terus jo mintak dia punya file

ingatkan boleh saja jadi bahan merelakskan otak, maklum la main dengan buku dan kerja sokmo, sampaikan hidup jadi seperti formula coursework+study+tutorial n isl+ dsb=guru cemerlang!
tapi rupanya boleh lekat menghadap sampai berjam-jam kut jadinya..haha!!

siap lawan dengan geng-geng lagi..wahwah. MatQim pun walaupun hajat lawan dengannya tidak kesampaian kerana kesuntukan waktu, boleh support lagi jo dengan bagi map yang baru didownload dari mana sumber pun jo tak tau! (bukan tak tahu, tapi malas nak ambil kisah download2 benda gini, colek saje dari orang lain, sudah)

hasilnya jo(dan jo yakin semua yang suka bermain dengan game ni) mendapat banyak faedah.Antaranya:

  1. mendapat pengalaman dan ilmu dalam mengatur strategi terutama jika gagal pada strategi awal dan dibunuh musuh.
  2. enjoy dengan animasi yang agak okay dirintis dari Blizzard(kalu tak silap) lalu otak menjadi tidak tension
  3. menanam keyakinan diri kerana(jika) berjaya menewaskan musuh
  4. kalau bermain secara team, maka tercapailah pengaruh Wonder Pets dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu: Apa yang penting? KERJASAMA
  5. ah, yang lagi penting masa yang berfaedah semuanya burned! time exam week dok macam nak exam jadinya..tu yang dak abih jugak buku...mak ayah mintak maaf wooooo


No comments: