Friday, July 10, 2009

U-turn untuk rakyat

yes, satu pusingan yang kontroversi. responden dari pihak yang melawan, cendekiawan dan intelektualis, profesional dan bermacam-macam golongan. semuanya beri pendapat dan maaf kalau jo berkata, lebih banyak yang bercakap menggunakan lidah dari otak.

dan kerajaan pula, dalam keadaan sebegini, terpaksa membuat keputusan yang boleh meredakan perasaan rakyat yang tidak menentu di samping banyak terpengaruh dengan pemikiran orang lain.

yalah, orang sudah sampai keliling istana berarak, keluarkan macam-macam pernyataan untuk menjatuh..akhirnya kerajaan berkeputusan seperti mendengar dan prihatin. pada sesetengah pihak, kata mereka "itu twist mereka(kerajaan) sebenarnya, jangan terpedaya"

apa sahaja penilaiannya, proses untuk memuaskan hati pihak yang menentang ini akan melibatkan harta yang banyak. fasiliti, kursus, material yang terbabit. perubahan sistem dalam pentadbiran institusi sendiri. hai, dalam hati jo kadang-kala berfikir juga, alangkah bagusnya kalau kita bersabar. pandai bersabar.

di satu sembang-sembang, ada satu suara yang berbunyi " humm, nampaknya puak-puak tu makin suka keadaan sekarang. Melayu makin payah nak maju. ngekek suka ke kita"
boleh teka siapa puak itu?


aduh la, PPSMI


jo: guru adalah pendidik. mendidik insan dan mendidik diri. ajar dan belajar. untuk satu pembaharuan, guru akan mendidik pelajar dan mendidik diri sendiri. Maka guru itu wajib baginya satu: pendidikan sepanjang hayat.

No comments: