Friday, December 23, 2011

me, myself and .....game?

masa awal-awal kenal facebook dulu, selalu orang akan ajak kita main game online. padahal, selama ni game online memang banyak. tapi seolah-olah bila kenal facebook, orang pun kenal online games.

jadinya bila buka facebook saja, selain meng'usha' anak dara orang, ataupun jejaka hot dekat facebook, kemudian pergi kutuk-kutuk dengan komen di wall orang, lepas tu siap jugak update status kekwat biar semua orang baca yang kita baru beli itu ini takpun melawat sana sini, upload pulak picture baru biar tak muat album, letak lagi iklan bisnes MLM la macam-macam lagi, akhirnya akan pergi main game pulak bila dah bosan.

tak puas lagi main game kat facebook kemudian pergi lagi search dekat tempat lain biar penuh tab dekat mozilla dengan game. happy sangat katanya. tu belum lagi kalau buka youtube bertimbun-timbun.

oh..... itulah jo pada suatu ketika. *rupanya~

jo ingat suatu ketika berpapas dengan kawan dekat hostel. dari jauh lagi bau kari dah menusuk kalbu ni. bila dah dekat, oh rupanya mamat ni baru siap 'masak' maggie dekat watercooler. kemudian saja lah jo tanya "nak pergi mana tu? sedap bau maggie" 

biasanya kalau orang tanya soalan macam gini mesti mendapat 'semburan' (sini)  sebagai jawapan kepada soalan tu. yalah, kalau dah selesai masak maggie jauh sampai ke watercooler, takkan nak makan dekat padang pulak. mestilah nak makan kat bilik. lagi azab kalau dia jawab, nak pergi mesra mall, nampak sangat mulut macam azwan ali! 

tapi nasib baik jo pandai main ayat *cewah. saja-saja puji konon bau maggie dia sedap sebab nak suruh dia jangan jawab pelik-pelik. lagipun niat tegur sebenarnya bukan nak suruh dia share maggie dia *matila terliur~ tapi sebenarnya saja-saja nak bermanis muka. yalah, nanti tak bertegur kata apa pulak. kemudian dia jawab

"nak sambung berkebun kejap"

dua tiga kali tanya mula-mula tak dapat tangkap lagi. tapi bila fikir balik, oh rupanya nak main Farmville lah dekat bilik. maggie di tangan tu peneman perut yang sunyi, katanya. haha

daripada aku main patung baik aku main kebun-kebun, biarlah tak hidup pun pokok nih

berfaedah ke main game? tak kira la online ke tak? berfaedah ke? i dont want to argue on that.

tapi bagi jo memang berfaedah. kalau orang lain jo tak tahu, tapi ada setengah orang suka sangat main game sebab dapat tunjukkan prestasi kononnya. contohnya, ada orang yang suka sangat main game PES tu. nanti kalau menang, mereka akan kata macam itulah jugak prestasi mereka dekat padang. bukan ke itu prestasi yang fantasi ke? dekat mana kaitan dengan yang realitinya? di padang? 

oppppsss nanti kalau teruskan arguement sure mereka akan jawab ada kaitan dengan ketangkasan mida lah, kekuatan fizikal la bla bla bla. kekuatan jari sebab mengawal button dan menekan dengan cepat, baiklah jo percaya. kekuatan tekak sebab kena jerit dengan kuat bila menang ataupun nak psiko si lawan. baiklah jo percaya lagi. memang sangat membantu kekuatan fizikal nampaknya. hehe

ada orang berpendapat, orang yang tak suka main game (bukan tidak pandai) sebenarnya - secara beratnya tidak tahu mencari fun in life, atau secara ringannya lebih suka benda-benda yang real untuk dimainkan.

bagi jo its okay for anything. jo bermain game sebagai relief kepada otak. bermain game menang ke kalah ke yang penting selepas tengok sesuatu yang berbeza dengan kertas-kertas assingment, tulisan-tulisan arial saiz 12, sambung dengan laporan-laporan dan slaid-slaid yang mana memang merupakan kerja yang tak akan habis, memang banyak kali menyebabkan keadaan bertukar seolah-olah kita menekan butang refresh.


dan adakalanya jo bermain game sebab memang game tu sangat excited. tak bermaksud kalau kita main game kita kena stuck dengan satu satu game saja. kalau kita percaya manusia berubah, itu bermaksud kita juga percaya adalah tidak salah bermain game mengikut 'evoulution'.

jo masih ingat lagi waktu pergi melawat rumah (saudara mara kut) masa kecil dulu dengan sepupu kemudian ada seorang lelaki tua di rumah tu yang main Minesweeper. zaman tu paling latest guna window98 kalau tak salah. siap boleh dapat pakaikan spek hitam dekat smiley tu berkali-kali lagi! hebat tak? tak hebat? habis tu? oh....marvellous!! jadi sekarang orang suka main game online. jadi, mainlah apa-apa saja. 

waktu praktikum jo tanya murid-murid, siapa yang suka main game. tak jawab. kemudian jo tanya lagi, siapa yang tak suka main game. pun tak jawab!

jo rasa mungkin budak tu semua tak reti mahu jawab apa. mungkin malu mengaku. mungkin mereka takut rahsia mereka yang suka guna e-book untuk main game saja selama ni. mungkin takut kena leter dengan cikgu sebab main game, sebab selalunya kalau budak kata dia main game nanti kebanyakan 'orang-orang tua' mesti membebel cakap lebih baik baca buku. atau mungkin sebab selalunya mereka dimomokkan bermain game adalah tidak baik.

kemudian jo cakap, "saya suka main game". jo cakap sebab apa jo main game. kemudian jo cerita dulu jo suka main game tu sekarang suka main game ni pulak. lagi jo cerita sebab apa jo rasa bermain game tu bagus. jo cerita dulu-dulu kalau waktu jo exam UPSR, waktu exam saja jo tak main game, tapi sebelum-sebelum tu asyik ikut kawan-kawan main game arcade dekat cybercafe. kalau selepas tu? fikir sendirilah *matila berlagak......kemudian jo sambung lagi. jo cakap kalau main game ni boleh menajamkan minda la, membantu kita dalam matematik la, apa-apa lagilah.

jo kata semua orang sepatutnya main game. jo sebagai cikgu menggalakkan murid-murid menginstall game dalam e-book dan meluangkan masa maksimum dua jam sehari dan tiga kali seminggu untuk bermain game, contohnya sebelum keluar bermain bola waktu petang atau pulang kelas petang. cikgu yang buruk rupanya jo ni. hahaha.

kemudian sebelum kelas habis hari tu, jo saja tanya lagi siapa yang suka main game? guess what? semua orang angkat tangan. siap ada yang saja angkat kaki atas meja sebab nak cakap betapa sukanya main game. yang duduk belakang sikit sibuk jerit nama game mereka. Pizza Frenzy! Plant n ZOmbie! Fashion Time! katanya.

ramai orang cakap kalau nak kenal kaki game ni, biasanya mata dia macam siti nurhaliza tanpa makeup. siapa tak tau kan kalau make-up artist kat seluruh negara pun panggil siti panda bear sebab mata macam panda ye. takpe takpe ada simpysiti kan? haha
sampai ati korang mengejek aku, lepas ni nak pakai simplysiti jugek lahh!

kemudian katanya mesti kerja last-minute sebab asyik sibuk main game saja.
yang paling penting mostly tak ada gewe. OMK adakah??? mungkin la kut. siap ada yang clash sebab laki dia obses sangat dengan game. yalah kalau dah makwe cakap "u pilih i ke u pilih minah dalam game tu?". jo tak nak ulaslah bahagian ni sebab semuanya bergantung kepada tolenrasi.

tapi kita tak boleh judge orang begitu. ada orang yang pakai seluar slack, kemudian spek mata kuasa 2000d tebal-tebal, rambut minyak sikat lurus ke tepi, baju selalu tuck-in, lagi teruk siap tak boleh sentuh makanan orang lain sebab takut tercemar. tapi rupanya bila buka komputer bersepah-sepah game dalam folder. so gamers and negativity dont relate.

kita tak juga boleh cakap kononnya mereka yang bukan penggemar game ni out of date. ataupun macam yang ada orang samakan dengan mati pucuk. adakah??? hadui.

make use of technology sebenarnya perlu difahami dengan baik oleh masyarakat sekarang. it can be good or bad, or both.  tapi jika kita mencuba ke arah yang baik for sure kita akan mendapat yang baik, tapi kalau otak kita sudah set bahawa game itu susah, atau tak baik kita tak cuba lagi pun kita dah dapat hasilnya.

so selain hidup hari-hari dengan kerja fizikal termasuklah bersenam atau bersukan (yang semestinya perlu) apa salahnya kita berlayar ke dunia lain sekejap supaya kita sedar enjin kereta pun perlukan rehat.

apa tengok-tengok? nak curi screen aku la tu buat main dota....nyampah!!



jo: bezakan make fun dan have fun, bezakan making fun dengan fun-making.
 

2 comments:

Laila said...

sy xsuka main game cikgu.kat e-book sy satu game pun takdak..hihihi.

Ahmad Zulhilmi Mohammad said...

ei...tak buleh jadi nih!! kan cikgu kata main game baik utk kesihatan.

install dinner dash tu skrg jugakkK!!! klu x cikgu xkan dpt A utk sains. muauauahaha