Tuesday, December 27, 2011

pipis lada

ingat tak kisah penjual nasi lemak dulu? apa nama dia?.....ye betul adik-adik. 100 markah!! Rorine namanya.


kan jo dah pernah cerita .....Rorine ni kan, gigih orangnya ......walaupun dah orang kata nasi lemak dia tak sedap,........ and worse, dia sendiri pun tahu yang nasi lemak dia tu memang tak sedap,..... tapi dia tetap gigih okay. tapi kali ini, kegigihan Rorine adalah berbeza.


walaupun dah berminggu-minggu nasi lemaknya tidak mencatatkan jualan yang memberansangkan (padahal memang zero defect!)......... tapi Rorine tidak segan untuk terus-terusan melibas rambut sambil melenggang-lenggang seperti kera di setiap lorong di setiap kampung.........lagi hebat, Rorine sekarang dah sanggup panjat tangga flat-flat di pinggir bandar semata-mata untuk meng'explore' pasaran baru katanya.

suatu hari, Rorine sedang lalu-lalang dengan jeritan promosi nasi lemaknya yang macam biasa......... suara kepit, bingit, tetapi orang-orang kampung terpaksa redha mendengarnya....... tiba-tiba Rorine ternampak satu bangunan di hujung jalan..... Rorine jadi terfikir,........... tempat apa tu ya?


ada bangunan tinggi-tinggi dengan design moden. siap kolam renang ekslusif. taman-taman eksotik. belum lagi lift telus cahaya......... Rorine selama ni kalau redah flat-flat semua kena panjat tangga....... biarlah sampai terkoyak kain kebaya dia selalu, dia memang panjat semua tangga yang ada dekat flat-flat semua......... sekarang ada lift pulak, Rorine memang tak pernah naik............ lagi pulak, yang telus boleh nampak pemandangan di luar.

Rorine cuba cari papan nama bangunan. cari-cari sampai ke luar pagar,....... rupanya barulah Rorine tahu Kondominium Raja namanya........ oh, jauh jugalah pemikiran Rorine tak tersampai pula pengetahuannya ada bangunan kediaman bernama kondominium selama ini.......


akhirnya selain sikap gigih, Rorine yang juga selalu dipenuhi semangat ingin tahu, cuba melilau-lilau di sekitar kondominium tu...... manalah tahu terjumpa pelanggan? fikir Rorine dengan begitu over-confidentnya......


tetiba.......... di suatu gazebo yang ada dalam sekitar taman tu Rorine terlihat seorang pemuda yang budiman. ramai juga orang berkerumun dekat pemuda tu....... semua orang seolah-olah cuba mendapatkan sesuatu dari pemuda budiman itu........ dan pemuda budiman tu macam menjual-jual saja nampaknya.


bila Rorine dekat, Rorine dapat dengar orang bertalun-talun ..........."Mr. M, salad aglio e olio 3 bungkus"...... dan..... "salad carbonara lima bungkus, Mr. M"..... dan..... "salad pomodoro 2 bungkus, Mr. M".


semua orang dah berbahasa macam ala-ala french jadinya....... Rorine naik seriau sebab ingatkan dengan namanya yang dah cukup 'english' tu selama ni, dia lah yang paling maju,...... tapi sekarang bila dengar orang siap cakap guna bahasa lagi asing dari biasa, Rorine dah mula ternganga.

kemudian, Rorine perhati lagi. menghendap lagi. tengok....... MAK aii....kata Rorine, bukan main laku lagi semua barang jualan si pemuda budiman ni. untung banyak nih!!...... apa nama dia?....Mr.M katanya........ terus Rorine jadi ingin tahu, macam manalah boleh laku sangat jualan Mr.M nih? apa yang dia jual ni sebenarnya? salad? apa kebenda nya tuh??    

Rorine gigih. hari sudah tengah hari. matahari sudah atas kepala. jualan Mr.M dah habis pun........ tapi Rorine tetap tak mahu pulang dulu......... Rorine mahu tengok apa rahsia sebenarnya sampai Mr.M dapat jualan laku begitu.

bila Mr.M tengah berkemas-kemas bakul-bakul jualannya, Rorine perlahan-lahan pergi dekat dengan Mr.M......... Rorine cuba buat-buat baik dengan Mr.M....... Rorine perkenal diri pada Mr.M,...... katanya dia datang dari Australia nun.....tapi suka makan nasi lemak sejak perang dunia kedua lagi......masa Pearl Habor kena letup pun dia hidang nasi lemak dekat askar-askar yang sakit....jadi dia jual nasi lemak sekarang sebab dia suka nasi lemak .......*CISS!!!! nampak sangat menipu!


Mr.M tadahkan sajalah telinga buat manis muka.....awal-awal sudah cakap datang dari Australia.....padahal muka macam Bangla kontraktor sana....bohong deh!...


kemudian Rorine tanya lagi......apa yang sebenarnya Mr.M jual sebenarnya? nampak hijau-hijau saja semuanya?......


dah pulak? kata datang dari Australia nih? tapi salad pun tak tahu?.....Mr.M dah suku migrain sebab dapat soalan level 'tinggi' macam tu dari Rorine. oh lupa, datang dari zaman perang dunia II mana nak tahu salad apa benda kut......*sabar je la


jadi Mr.M pun buatlah presentation bagai memperkenalkan salad-salad jualannya...... Mr.M kata, jangan hairan dengar nama-nama salad macam-macam tu semua, sebab Mr.M buat pembaharuan sos untuk salad-salad semua mengikut perisa spaghetti......... Mr.M dah rasa macam terlepas cakap pulak pasal spaghetti, takut nanti jenuh pulak kena terangkan haiwan apakah sebenarnya 'sang spaghetti' tu pulak......

tapi, nampaknya Rorine angguk-angguk saja...... dalam kepala Rorine sah-sah tak faham  habuk apa entah Mr.M cakap...... tapi diangguk-angguk jugak.


kata Mr.M jugak, salad ni makanan orang Barat, tapi sekarang semua orang pun suka. sebab sihat dan berkhasiat. rendah kalori jugak tu. kita jangan risau, kalau sebut Barat saja kita ingat yang negatif........ tapi bila KFC buka franchise nya kita jugak yang serbu........ belum lagi sebut Dunkin Donuts yang kalau boleh nak tunggu depan pintu kedai 24 jam,...... padahal selama ni donut 20sen yang jual dekat pasar malam pun tak terjeling.......

kiranya salad sekarang memang terkenal dalam kalangan ahli diet.... penyanyi Bob yang menyanyi tak payah pakai suara falsetto tapi tetap mantap tu pun asyik makan salad pelbagai rasa sebagai meal....... hasilnya? siap dah hilang 30kg lagi katanya!...... WOW kan?


so hari tu, dengan kepala bingung sebab dengar presentation dari Mr.M pasal itu ini saladnya Rorine jadi bengang....... selama ini aku jual nasi lemak, apa tak bagus ke untuk kesihatan? sedap pun sedap.......... Sheila Rusly pun suka meniaga nasi lemak siap bergaduh-gaduh pasal kedai nasi lemak.....oii cik Rorine oii...tu nasi dagang lah! *opss!!


jadi Rorine gigih juga....... Rorine tak kiralah apa Mr.M nak jual........ sekarang Rorine pun nak dapat jualan macam Mr.M jugak....... untung banyak banyak!!......... tapi macam mana caranya? takkan nak jual salad jugak kut?........nanti plagiarisme, kena tangkap dengan polis pulak.......

Rorine otak singkat dah tak boleh berfikir panjang.....esok dia akan ke kondominium situ jugak.....Rorine nak bersaing dengan Mr.M......Rorine nak tunjukkan Rorine boleh...Rorine nak cakap salad Mr.M tak ada khasiat.....


Rorine nak cakap dekat orang-orang yang duduk dekat kondominium tu yang salad Mr.M ada racun....... sebab sayur tu semua tu tak ditanam dekat kebun.....tapi tanam dekat dalam kotak....padahal sekarang orang asyik guna kaedah hidrofonik bagai....*mentah sangat!



Rorine jugak dah plan nak cakap....sebenarnya salad Mr.M tu sebenarnya dibuat guna resepi spaghetti untuk membuat rasanya sedap....oleh itu, plagiarisme telah berlaku, kata Rorine....kita mesti mempertahankan integriti dengan tidak terlibat dalam kecurian harta intelek, kata Rorine lagi......intelek apa entah Rorine ni, padahal sehari semalam asyik hafal ucapan Dr.Rais Yatim masa kempen anti cetak rompak hari tu yang dia dengar dalam TV hari tu....isinya? sepatah haram pun tak faham!!


Rorine dah fikir jugak nak cakap yang salad tu sebenarnya makan Barat....tapi cuma sekarang dah jadi kegemaran antarabangsa.....kira macam international la....sedangkan nasi lemak Rorine memang sah-sah brand Malaysia, brand tempatan!!!.....nanti Rorine saja nak acuh-acuh penduduk semua cakap....mana lagi baik? International ke tempatan?.... hah? international ke tempatan?....dia nak jengul mata luas-luas nanti bila cakap macam tu, dia dah plan dah.....

paling penting....Rorine dah plan, Rorine nak hebah dekat penduduk-penduduk semua yang bahawa salad Mr.M tu tak HALAL!!.....sebab mana ada sijil halal pun!....entah-entah, olive oil yang dicampur tu berasal dari lemak Cik Bi....padahal olive oil tu sah-sah tumbuhan....olive oil tu minyak zaitun la Rorine oiii!!!....


tapi esok bila sang mentari mula menyinar *tetap sastera nih~ Rorine bangkit awal-awal lagi........ Rorine berdiri depan pagar kondominium suruh Pak Guard buka cepat-cepat......Rorine pergi ketuk pintu semua orang heboh-heboh.....siap sempat jugak promosi nasi lemak siti situ nya itu.....misi utama, Rorine cakap dekat semua orang....salad Mr.M tak halal...


tak HALAL, tak Halal, tak HALAL.....jerit Rorine dengan suara terkepit-kepit. tiga kali jerit ke kiri, tiga kali jerit ke kanan.....kemudian rotate balik....sampai dia rasa puas hati.


bila Mr.M datang membawa bakul, semua orang datang serbu Mr.M.......kakak adik abang atok nenek semua datang.....semua berdiri dalam bulatan kepung Mr.M sampai Mr.M jadi hairan.....kenapa ni?



jadi semua orang tanya dekat Mr.M.....betulkah apa yang mereka dengar dari mulut perempuan gedik berkebaya tampal sana-sini tu?......betulkah ini? betulkah itu?


bila disoal siasat...nampaknya semua tak benar.semua tak betul....salad Mr.M bukan saja sedap, berkhasiat pulak tu....paling penting semua bahan-bahan salad Mr.M memang halal....sepatutnya tidak perlu diragui....semua orang pun tak perlu takut dan risau untuk beli salad Mr.M


tapi akibat dari fitnah.....yalah, hati manusia sedikit sebanyak akan terpengaruh...macam batu dititis air...jadi, jualan Mr.M merosot sedikit....ada pula salad-salad yang tidak habis dibeli untuk beberapa hari....


dengan itu Rorine tetap puas hati sebab berjaya mengganggu periuk nasi orang semata-mata untuk diri sendiri....Rorine senyum puas-puas sambil menuju keluar dari kawasan Kondominium Raja....lenggang punya lenggang, libas punya libas.....sampai di pagar dia terdengar bunyi guruh...


belum sempat nak angkat kain sebab nak pecut..... nak tiru macam Watson Nyambek.....  
GROOOOOMMMMMMm!!!  

kilat pun menyambar dia.....dari jadi Nyambek, tidak berjaya, mengembek pulalah Rorine akibat dipanah petir.....habislah Rorine oiiii.....dari wajah dah memang macam Bangla, akibat petir jadi lagi Bangla la jawabnya....takpe nanti pakai Syurah banyak-banyak ye Rorine?....*HUHUHU


tanak Syurah la....nak safi rania gold je...nak jadi mcm rozita che wan!!




jo: pandai bermadah mengundang kerja

No comments: