Wednesday, January 25, 2012

experience

  dua minngu lepas jo ada menonton tv, sebuah drama cina waktu tengah hari. ada satu benda yang menarik.

episod hari tu adalah tentang seorang peniaga. dia menjual macam-macam barangan, seperti kedai borong. kemudian, kedai dia dihadiri sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan dengan kedai dia.

suami isteri tu mengadu, katanya sekarang banyak sungguh nyamuk! siang hari pun penuh dengan nyamuk.....hidup sudah jadi tak tenang.

jadi, suami isteri mahu beli ubat nyamuk di kedai peniaga tu. sebab sudah tak tahan. tapi sebelum sempat masuk kedai lagi, peniaga kata tunggu dulu. 

"ubat nyamuk tu kalau pkai lama-lama nanti bahaya untuk kesihatan" kata peniaga tu.

"jadi baik beli kipas, saya ada jual kipas..."

segera, suami isteri sudah mahu beli kipas sebab terpengaruh dengan kata-kata peniaga tu. mereka kata, ya tak ya juga!

senang kan mengajar orang? cakap saja benda betul, benda baik dah terpengaruh.


***********************************************
 sama macam semalam. jo temankan mak pergi check seorang anak murid supaya dia dapat admission untuk ke sekolah pendidikan khas. awal pagi pukul 8 nak kena bertolak dah, jo kata, malas nya nak pergi, berkali-kali. tapi akhirnya jo pergi jugak. entah sebab apa.
doktor tu bukan pernah jumpa dengan anak murid mak pun sebelum ni. lagipun kata misi yang bertugas tu, doktor yang handle hari tu adalah bos untuk bahagian CAMHS tu. selama ni, pembantu dia yang handle.

so, bertuah jugak kiranya dapat tengok pakar untuk paediatrik ni buat rawatan. manalah tau nanti jadi macam Amir Khan dalam filem dia tu? meba meba apa entah tajuk nya tuh.

anak murid mak ni, kalau tak silap jo penghidap autisme. nanti kalau cikgu tengah mengajar dalam kelas, dia keluar kelas sesuka hati berlari-lari sana-sini. kemudian nanti dia nangis meraung-raung. kawan-kawan dia pulak suka ejek dia kalau dia tak reti, kalau dia nangis-nangis, mak kata. jadi kesian. yalah kan, budak-budak mana reti bahasa.
so, mak dengan kawan mak convince kan ayah dia untuk dapatkan pendidikan khas, lagi kesian kalau anak tertinggal di belakang kalau dia hari-hari pergi sekolah pun tapi rasa bosan sebab tak dapat apa-apa hasil. lagipun Laila tu semangat nak belajar orangnya. semangat nak mengaji, kata ayah dia.

jo pun tak rasa dia lembab, sebab bila kita cakap, dia boleh interrupt macam dewasa, menunjukkan dia sebenarnya boleh tangkap cuma tak boleh simpan maklumat, mungkin tak banyak yang boleh.

so, bila doktor tu datang, dia tanya "siapa dekat sini nama Siti Norlaila?" berdiri dekat kami yang tengah sembang-sembang di ruang menunggu. doktor pakai baju merah gelap belang-belang putih, jaket kulit coklat padan dengan seluar jeans, kasut merah delima dengan spek mata hitam bingkai macam spek mata datuk-datuk. semua orang jadi tersengih tiba-tiba.

tapi mula-mula Laila tu nak tak nak saja jawab. malu.

tapi bila masuk bilik khas dia, bila doktor cakap "siapa nak buat kerja dengan doktor?" cepat-cepat saja anak murid mak tu jawab kuat-kuat "SAYA!!". tiba-tiba saja dah bertukar jadi Upin Ipin. tahu sajalah budak kalau jadi Upin, jadi Wonderpets bagai kan?

doktor tu suruh Laila warna lukisan, tulis huruf, tulis nombor, buat kira-kira, susun gambar, susun blok. 

tak faham lah macam mana dia buat, tapi Laila tu walaupun dah fail banyak kali, misalnya tak ingat nombor 3 lepas dah tulis nombor 2 atas kertas, kemudian silap pulak letak ekor gajah dekat kaki gajah waktu susun blok puzzle tu, tapi budak tu masih jugak lagi tak hilang semangat. masih Upin Ipin yang bersemangat!


doktor tu setiap kali cakap dengan budak tu, mesti tiba-tiba ton jadi macam budak-budak.  tapi bila cakap dengan ayah budak tu pulak, dengan mak dan kawan mak, jadi dewasa balik. hebat tak?

transfomers ke?

jo dalam herbalife, walaupun baru beberapa bulan, tapi biasanya bila buat ukuran umur, mesti berkaitan bagaimana enjin badan kita bekerja. macam umur 23 tahun tapi enjin badan berumur 20 tahun *saya lah tu huhuhu~

tapi doktor selepas buat check tu, dia beritahu jo sesuatu yang berbeza. lepas selesai semua aktiviti tu, dia dah detect umur otak pesakit bekerja. katanya murid mak tu umur lapan tahun tapi, otak dia macam tak lepas lima tahun pun.

jadi sahlah dia memang memerlukan pendidikan yang berbeza. yang khas.

tapi biarpun dah sampai ke rumah jo masih lagi berfikir, macam mana ya nak buat macam yang doktor tu buat? budak boleh ikut cakap satu-satu sampaikan suruh letak pensil pun, budak boleh ikut dan letak betul-betul pada tempat yang dia suruh.

bila nak habis sesi hari semalam, jo ingat doktor tu cakap "adalah cabaran kepada cikgu-cikgu untuk menyediakan dia (Laila) dengan pendidikan yang sesuai dengan dia"

kadang kalau dulu-dulu kita pergi hadap tok guru nak belajar mengaji, belajar fardhu ain, ada tak tok-tok guru fikir semua tu? ke diorang tu tiba-tiba dapat mimpi pasal pedagogi kemudian esok bila bangun dah boleh apply?

masa jumpa kaunselor hari tu pun, dia sendiri yang cakap, bukan ada pun teori yang boleh fit in anak murid kita punya situasi. kalau anak murid kita bermasalah, teori Pavlov ke, Maslow ke semua 'sembunyi' dalam buku saja. mana ada guna pun. semua pakai teori rekaan cikgu sendiri jugak akhirnya. 

akhirnya, cikgu-cikgu layak mendapat 'PHD dalam bayangan' sebab tak perlu present teori bagai, tapi stil dapat handle masalah budak yang kronik semua. Tahniah semua cikgu-cikgu!

***********************************

betullah kan, kalau berada dalam industri ni memang sangat susah. orang lain buat mesin, buat ubat. esok kalau mesin berjaya masak nasi bagi kita kenyang, kita cakap "bagus-bagus". kalau sudah bedah kaki, kemudian boleh lari lompat semula tengah-tengah padang, nanti kita cakap "terima kasih" banyak-banyak. 

kemudian bila sudah pandai baca buku, tulis abc kemudian kira duit syiling dekat tangan ada berapa, kita tak dengar dorang cakap apa-apa dah. tapi otak dia mesti asyik rasa haru saja setiap kali jumpa dekat mana-mana. 
itulah industri manusia kan?



jo: nantilah..praktikum dulu.

No comments: