jo ingat tentang satut tazkirah dari tv tentang kerja.
Kerja (job) boleh di bahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan perlakuan pekerja dalam bekerja. Contohnya:
1. berkembang tetapi tidak beramal
kerja sebegini sememangnya apa yang disifatkan sebagai hedonisme. duniawi. dan banyak menumpukan kepada kepuasan diri. naik gaji setiap tahun, bonus berkali-kali tetapi tidak memberi sumbangan, dalam konteks ini, kepada orang lain atau lagi teruk kepada individu terdekat.
2. berkembang dan beramal
kerja sebegini adalah suatu yang sukar tetapi tidak mustahil. usaha yang gigih adalah elemen paling penting. misalnya apabila kita melakukan kerja, bukan sahaja kita mendapat pulangan lumayan, terutama material, malah kita juga memastikan orang lain, rapat atau asing, turut mendapat paling-paling tempias. contohnya, kerja sebagai doktor. dapat gaji yes, dan dengan bantuan rawatan dapat memberi kesihatan untuk pesakitnya meluangkan masa mencari pendapatan pula.
3. tidak berkembang dan tidak beramal.
maaf kalau jo jahat tapi bagi jo, kerja sebegini dapat dikategorikan kepada penyangak semata-mata. dan penyangak boleh jadi sesiapa sahaja yang buat kerja yang bukan sahaja menyusahkan diri tetapi juga tidak memberi sumbangan kepada mana-mana pihak.
4. tidak berkembang tapi beramal
kerja sebegini, jo percaya lagi sukar untuk dilakukan berbanding dalam kategori. kita melihat orang lain lebih dahulu tetapi untuk diri sendiri, kita bersikap paling sederhana pula. sukarelawan contohnya. tetapi kalau sukarelawan yang tercemar pun ada menyumbangkan kebaikan cuma, bagi jo belum layak untuk berada dalam kategori ini. kerja sebagai guru pun belum tentu boleh dikira dalam kategori ini. mungkin sebilangan guru di negara kita, dan dunia ini masih ada? Insyallah!
yalah, mana ada orang sanggup kerja tanpa gaji kan? tak ramai.....
******************************************
bagaimana kalau kerja kita boleh membantu mengubah manusia menjadi lebih baik. bukan hanya dengan oles mekap sampai jadi badut dan pembedahan plastik, tetapi paling baik dan tentu sekali berguna, ialah apabila kita berjaya membawa manusia berhijrah.
let's take this one:
opps did i just see herbalife logo in 1:18? huhuhuhu
good isn't it? daripada malas, sekarang pengguna sudah menjadi gemar menaiki tangga berbanding eskalator. kalaupun tak keluar peluh setitik dengan tangga tu, tapi fizikal movement yang kita lakukan tu tetap kerja. dan kerjalah yang memastikan tubuh kita semakin baik.
much better untuk jantung, otot dan sistem peredaran badan kita kan?
tapi most important impact was that, renovator tangga tu berjaya mengubah sikap penduduk, walaupun dengan cara yang sangat fun!
************************************************
jadi, perbanyakkanlah mengajar diri kita untuk selalu mengambil first action tanpa memberi beban fikiran tentang balasan yang patut diterima oleh diri sendiri. ya, untuk jo sendiri.
jo: sentiasa kena tegur dengan cikgu sebab kira sifir mudah pun guna kalkulator masa sekolah dan tuisyen!
0 comments:
Post a Comment