Wednesday, March 7, 2012

bercakap tentang blog

ramai orang cakap dia tak suka baca blog. apa lagi tulis blog. kadang ramai juga yang terpengaruh, bila Mek Limoh ada blog, saya Siti Rogayah pun nak ada jugaklah, katanya.

interview skit..leh masuk blog. nak?
jadi menulis dan mencipta macam-macam cerita yang karut-marut, membuat liputan kononnya saya lah penulis dan pemerhati yang profesional menjadikan begitu banyak blog wujud di negara kita. di seluruh dunia, pun! 

tetapi, ya, memang ada blog yang bagus juga.  banyak.

jo sendiri sebelum bermula menulis blog, lihat-lihat dan jenguk-jenguk blog orang, blog kawan-kawan rapat dulu. kemudian jo mengaku, disebabkan orang ada blog, dan kelihatannya mempunyai blog seolah-olah suatu perkara yang best, jadi jo create my own blog.

kadang jo ada terpengaruh. jo mungkin banyak membaca blog orang, blogwalking. bila kita membaca hasil penulisan orang dan bila melihat sambutan yang diterima, sememangnya kita akan cuba belajar untuk membuat penulisan yang boleh memastikan readers suka untuk meneruskan pembacaan. 

kita tak dapat nafikan bahwa kalau satu entri blog itu sangat menarik, kita akan cenderung untuk tengok pada archive atau blogroll untuk menghibur diri. misalnya kalau melawat blog gambar menarik, koleksi lawak dan gosip, kebanyakan kita kalau boleh pergi tengok apa lagi yang boleh mengeringkan gusi atau menyebabkan kita rasa excited selepas satu-satu entri.
"blog dia seronak tau...kalau baca mesti ko gelak nanti" kata budak kecik
"ye ke gitu?...tapi sekarang aku tak baca lagi dah gelak, macam mana? hahaha" balas beruk itu

dan kesan dari situ, jo dapat lihat paling common seseorang yang nak buat blog mesti guna tema politik, gosip hiburan, lawak, photography, fesyen dan apa saja yang menjadi bualan hangat ketika ini. kata apa saja yang melalui tempoh trending sekarang ni, mesti ramai blogger yang buat pasal tema tu. ada blogger yang sanggup tukar blog, delete blog lama dan create blog baru semata-mata untuk dikatakan mengikut trend.

tapi ada juga tema blog yang kalau yang tak perlu ikut zaman tapi tetap akan masuk tempoh trending. tetap ada peminat dan pembaca.......boleh teka? yes!!...pornografi. berlambak dan tak akan pupus di pasaran kan?

kemudian ada juga yang bila dah start nampak kesan bila ada kunjungan orang ramai dapat memberi keuntungan, maka blogger ini akan mula buat bisnes melalui blog. *macam Herbalife la hihihi. ada yang buat iklan itu, ini dan sebagainya. ada juga yang buat lebih dari satu blog semata-mata untuk bisnes yang berlainan. bisnes baju satu blog, bisnes tudung satu, bisnes kek dan pastri satu blog lagi. so, kalau sepuluh bisnes, maka...?

tapi blogger mostly bila bercakap tentang suatu blogging, ikhlas atau tidak mereka akan menginginkan blog mereka mendapat kunjungan. mahukah anda digelar sebagai Forever Alone semata-mata setiap kali anda menulis tapi bunyi cengkerik berdengung-dengung di udara?

tiada komen? tiada orang baca pun?

jo dulu bila awal-awal berblogging, bila buat entri, jo mengaku bahawa jo juga ada perasaan macam ni. siap boleh tanya orang yang baca, "tak nak komen ke?". jo sudah meletakkan bahawa dengan traffic yang macam Plus highway, kemudian komen over 100 adalah satu perkara yang menyeronokkan untuk berblogging. seolah-olah itu semua penting.

Padahal TIDAK!

macam dekat facebook, orang cakap:
"Kalau update status atau share post untuk mendapat banyak 'Like' dan comment, maka di manalah sebenarnya kita dalam berdakwah"

ikhlaskan hati untuk menulis blog. itulah yang jo dapat bila mula-mula jo ada blog. selama beberapa lama juga barulah jo faham dan amalkan. 

suatu masa, siap ada ramai kawan-kawan yang cakap face to face bahawa mereka baca apa yang jo tulis dalam blog, cuma kata mereka "malas nak komen". siap ada jugak yang bagi isyarat pasal apa yang jo tulis di blog, dengan gaya  jari tunjuk ke mata macam dalam Indiana Jones *watch out!

tidak lama bila berblog, selain ditegur tentang apa yang jo tulis dalam blog bila berjumpa di jalanan, ada yang hantar sms dan PM dekat facebook kemudiannya.....about various!! suka tak suka dan ada jugak buat ala-ala permintaan. ada yang share dan suruh dengar pasal lagu baru, kemudian kalau sedap suruh tulis dekat blog. padahal jo bukan DJ radio pun, tapi happy bila buat begitu.

jadi, untuk usia beberapa tahun dalam dunia blog, tapi masih lagi bayi, jo reti jika entri yang kita tulis setiap kali adalah melambangkan kita. kalau kita KG maka memang entri kita akan berupa publisiti. KG? apakah??.....Kaki Glamour, ya anak-anak.

misalnya sekarang orang bercakap pasal Tun Dr.M dengan kenyataannya tentang Hudud. sekarang juga para blogger jadi tak keruan nak update pasal isu itu, sebab nak dapatkan hits.

ada yang mengumpul hits untuk semata-mata statistik, dan ada juga yang buat side income misalnya melalui online ads. sangat menarik, bagi jo.

namun bagi jo, ramai sangat sekarang terpengaruh dengan konsep kebebasan bersuara yang datang dari Barat, sehingga ke dalam blog. betullah sekarang manusia kalau dinilai tidak pandai dan tidak matang dalam menghargai ilmu, akhirnya mereka salah guna perkataan dan terma untuk kepentingan sendiri.

selalu saja jo terjumpa blog, yang tulis semua benda sehingga tak tertapis. kadang-kadang kisah hidup dia yang memualkan pun boleh masuk dalam blog.

pernah tak baca blog fans Apek, si penjaga gol kebangsaan tu. sampaikan mesej dalam handphone pun boleh publish merata-rata. kemudian lawan pulak dengan yang anti-si polan tu, merangkap pro-ex-kekasih si polan tu. pun sama juga bubuh semua mesej, gambar-gambar peribadi, dan sampaikan yang paling mahal dan ajaib, boleh quote bulat-bulat apa yang si polan dan si pola yang lagi satu tu cakap dan publish dalam entri untuk gaduh dengan blog yang berlawanan. 


konon sekarang maju sangat ye, sampai gaduh pun kena online. kira dah tak akan jumpa kes aduan dekat balai polis kerana orang tarik rambut dan simbah asid la nanti?

tadda!...akula apek sebenar!
weh? bakpo pulok mu nyo? aku apek jugok

ahhh...apa da mu dua orang!!
jelik juga kalau kita baca, blog yang asyik maki hidup orang. dia tulis pasal famili dia yang tak kena situ sini, jiran dia tak berapa elok, kawan-kawan dia tak kena dekat mata. kalau sekalipun dia lupa yang dia tak takut Allah tu Memerhati, tapi jangan la juga lupa sekarang internet tu macam nasi, hampir semua orang ada dan boleh akses ke alam maya.

silap hari bulan bila orang seluruh dunia membaca, dan tengok, betapa rendah nya cara kita berfikir, mungkin dia tak bubuh komen. tapi macam orang cakap, kalau cukup 40 orang doa kita bodoh, akhirnya kalau makbul macam mana? semuanya hanya sebab kita yang tak reti nak menulis dalam blog

sama juga dengan kononnya blogger yang mengguna blog untuk menulis kisah-kisah peribadi sendiri. yalah kan, blog kan diari online. tapi jaga-jaga dik, diari-diari jugak. sekali google masuk blog kita, semua karung guni pun boleh bocor. kita fikir kalau kita tulis itu ini, selalu macam diari, kalau kita buka buku nanti baru boleh baca padahal, dunia blog orang boleh masuk blog kita dan rekod semua yang kita tulis kemudian bila kita tak sedar kita sudah jadi mangsa pencabulan hak.



jo dah biasa sangat kalau buka blog kemudian ada tulis, "you follow me, i follow you". kemudian sanggup jaja nama dekat chatbox semata-mata nak dapat view dan followers. tu belum lagi yang pergi tampal link blog dia merata-rata sampai tak sedar diri blog kita banyak sangat kelemahan tapi sebab nak suruh nampak blog kita vasss dengan traffic macam semut, buat 'blogwalking' pun kira macam jihad juga.

tiba-tiba saja guna nama dakwah, kononnya blog kita menulis tentang ilmu pengetahuan dan agama, nak ajak orang buat baik. padahal content? semuanya asyik control+c kemudian control+v!!

kalau blogger yang senior dan memang advance sampai ada empayar blogger lagi mesti gelak sinis saja tengok gelagat amatur kita. tapi itulah yang bila manusia bercakap tentang kebebasan bersuara kan? tu belum lagi kalau kita menegur, nanti dibalas "blog aku, suka hati aku larr" dengan huruf 'r' tu nanti sengaja ditekan berjela-jela biar banyak kononnya betapa tegasnya dia bila kena tegur.

jo pun tak reti menulis blog. jo menulis kalau rasa bosan. jo menulis kalau rasa ada suatu benda untuk berkongsi. jo juga menulis bukan external reason, tetapi semuanya adalah bersifat intuitive. cuma kalau perlukan pengukuhan, jo akan baca sumber-sumber kemudian baru share. tapi kebanyakannya memang ikut berdasarkan mood blogging juga.

jo tak reti untuk mengajar dan memberitahu macam mana nak naikkan rating blog tu semua. kalau orang bagitau jo, tak tahu nak update blog tentang apa, jawapan jo tulislah apa sahaja. tetapi senyap dalam hati, jo senang memberitahu, asalkan jangan mengarut.

bayangkan kalau dinilai seorang editor, agaknya ke mana tulisan kita pada mata editor tersebut? ke laut ke tong sampah? nak ke bintang tu memang susah la ye, dengan ilmu taraf pensil 2B yang dipakai genap setahun oleh budak sekolah rendah saja ni.

tulislah dengan hati, insyallah memadai. wallahu'alam.


jo: untuk cik AmiMastura yang tanya nak letak apa dalam blog. *jo pun tak pandai jugak!! huhu


No comments: