Saturday, November 17, 2012

Malu

pelik rasanya saya bila wujudnya orang jahil, bukan kerana dia tidak belajar, tetapi sikap sendiri yang tidak mahu belajar

hai,

tambah peliknya lagi diri saya, bila orang yang jahil meminta ilmu datang bergolek kepada dirinya

pelik semakin pelik, bila jahil tapi guru tidak dicari, tetapi guru disuruh sujud menyembah diri yang jahil pula

hai,

malu lah Al-Ghazali dan para ulama nya
yang sanggup jauh merantau semata-mata mengejar guru

malu lah para ahli hadith dan pengumpul mashah
yang jauh menempuh batu dan duri
lautan hampa dan kesusahan
semata-mata untuk beroleh ilmu

tapi kita?
ilmu yang tidak ada
tapi disuruh guru mengejar kita

mahu berubah, tapi mempersalahkan orang lain. rumusnya, semua itu bermula dengan perasaan bajet betul. bajet bagus. wallahualam.



p/s: tak perlu letak adaptasi yang palsu hanya untuk mengaburi mata dan menunjuk-nunjuk kononnya kita ilmuwan. silalah berani dan pandai berterus terang. jika tidak, rendahnya martabat ilmu kita perlakukan.


No comments: