Tuesday, December 10, 2013

bakal..

hari ini hari selasa. tinggal seminggu lebih kurang untuk memulakan perjalanan di sana. macam-macam yang jo rasa. 

setakat ini, bila diberitahu pada orang tertentu mereka ucapkan tahniah, dan seronok. tumpang gembira kerana rezeki datang. kerja Tuhan siapa yang tahu.

ada masa jo berasa takut. manalah tahu dengan dosa yang begitu banyak jo buat selama ini, menjadi halangan untuk urusan. manalah tahu juga dengan begitu banyak kelalaian yang jo sengajakan, jo akhirnya diberi balasan yang teruk dan memalukan.

ada masa jo berasa tenang. jo rasa rezeki kali ini tidak ada lagi pada waktu yang lain. dan dengan dianugerahkan rezeki ini, jo rasa gembira dan sangat tidak sabar lagi. 

selama ini, tidak khusyuk dan tidak bersungguh berbuat kebaikan dan mencari pahala. manalah tahu nanti, hati menjadi tenang. fokus. dan penuh kesungguhan.

kata dr.muhaya, kalau takut yang kita fikirkan, maka takut lah yang akan kita dapat. fikirkan untuk mendapatkan balasan baik, insyallah akan mendapat balasan yang baik.

malam ini, jo menulis nama di bagasi dan beg untuk menanda dan memudahkan beg dikenalpasti di tempat orang yang ramai nanti. dan kakma pula jadi pemasang tanda khas berbentuk riben, dengan kaksya dan iqa menjadi organiser beg dan pemilik agar tersusun.

ada tiga beg yang hendak di bawa mengisi bekalan. tiga darab sepuluh. tiga puluh? *erkk 

sedia ke tidak sedia? 
Insyallah, saya sedia. kami sedia. =) 





p/s: semoga membawa perubahan dalam hidupku

No comments: